Saya bertegas menolak kenyataan yang di buat oleh Kerajaan Pahang, bahwa kejadian banjir besar yang berlaku di Bentong pada pertengahan Disember tahun lalu, tiada kaitan langsung dengan isu pembalakan di Hutan Simpan Lentang.
Pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mendakwa hasil semakan mendapati berlaku kejadian kepala air di Karak yang bermula di Hutan Simpan Lentang akibat hujan lebat berterusan.
Beliau menjelaskan fakta ini tepat berdasarkan data taburan hujan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang mencatatkan bacaan purata 155 milimeter pada 18 Disember lalu yang dikategorikan sebagai sangat lebat.
Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) juga katanya melakukan tinjauan melalui udara dan mengesahkan tiada sebarang aktiviti pembalakan dijalankan di Hutan Simpan Lentang, tanah kerajaan dan tanah milik di kedua-dua lokasi.
Kerajaan Pahang juga menjalankan satu kajian forensik berkenaan kejadian banjir puing yang berlaku di Daerah Bentong apabila didapati ratusan runtuhan tanah dan pokok-pokok di sepanjang laluan terbabit.
Kesemua bukti dan fakta telah direkodkan di dalam buku laporan forensik yang diedarkan kepada semua wakil rakyat pada sesi penggulungan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang.
Wan Rosdy berkata, Hutan Simpan Lentang di Sungai Kerau seluas 30 hektar terbabit juga telah dijadikan petak High Conservation Value Forest (HCVF) sejak 2012.
Walau bagaimana pun saya menolak laporan dan kenyataan yang dibuat tersebut. Dalam pada itu beliau turut bersetuju dengan beberapa laporan yang berkaitan dengan 'kepala air' akibat puing atau 'debris flow' yang berlaku di sesetengah tempat. Namun, bagi lokasi yang lain beliau tetap mengatakan pengondolan hutan yang berleluasa menjadi punca banjir lumpur dasyat yang melanda di Sungai Kerau, Sungai Telemong dan Sungai Perdak.
Bukti, kayu balak bergergaji yang sudah pun dipotong di Sungai Perdak
Saya menjadi saksi, dan beberapa kali ke lokasi untuk melihat sendiri kejadian. Amat jelas sekali ada timbunan kayu balak hanyut yang bergelimpangan di merata tempat termasuk di Kampung Baru Sungai Perdak, Jambatan Telemong dan berhampiran stesyen timbang JPJ Karak.
Bukti, kayu balak bergelimpangan dekat stesen timbang JPJ Karak
Ini adalah fakta dan tidak boleh semudah itu dinafikan oleh kerajaan Pahang. Rakyat menyaksikan semua adengan ini, malah terdapat banyak gambar dan video yang telah tersebar di media sosial sejak awal kejadian yang meragut enam nyawa di Jambatan Telemong, tidak termasuk tiga nyawa di Janda Baik (kepala air).
Bukti, Shukri bergambar di atas timbunan kayu balak di Sungai Perdak
Kerajaan boleh menerbitkan buku forensik dan mengadakan seminar berkaitan untuk dihidangkan kepada sebahagian rakyat, terutamanya kakitangan awam yang sudah semestina terpaksa bersetuju dengan apa yang dinyatakan.
Cantik, kayu balak bergergaji sudah dipotong dihanyutkan banjir lumpur
Namun, majoriti rakyat tetap melihat sebaliknya. Malah, bukti-bukti kayu balak hayut juga turut disokong dengan notis yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) sendiri yang memberi tempoh kepada pemilik balak untuk menuntut hak masing-masing, beberapa hai selepas kejadian tersebut.
Bukti, ada notis tuntutan yang ditampal pada kayu balak bergelimpangan
Jika kayu tersebut bukan balak, kenapa sampai perlu keluarkan notis dan di tampal di stesen timbang JPJ Karak, Jambatan Telemong dan Kampung Baru Sungai Perdak?. Bukankah ini bermakna, kerajaan sendiri mengesahkan ia adalah kayu balak hanyut. Hanyut dari mana, kalau bukan dari atas bukit. Siap dipotong-potong dan bergergaji. Mana mungkin kepala air sampai boleh memotong balak itu.
Bukti, inilah gambar notis tuntutan kayu balak yang ditampal itu
Justeru, siasatan yang lebih rapi dengan melibatkan pihak yang bebas, berkecuali dan tiada kepentingan dengan kerajaan negeri dibuat segera.
Apa guna buku forensik dan seminar, jika semua yang terlibat adalah pihak yang memang agensi kerajaan negeri itu sendiri. Mana mungkin, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) melaporkan kesalahan mereka dalam buku laporan tersebut. Ini bukan soal kelulusan atau sebaliknya, tapi apa yang lebih utama ialah integriti untuk melaporkan kebenaran yang sudah disaksikan oleh seluruh rakyat semasa hari kejadian.
Jentolak alihkan timbunan kayu balak hanyut di Jambatan Telemong
Ini bukan masa untuk merosakkan minda rakyat dengan menafikan sepenuhnya apa yang mereka lihat di depan mata. Ini zaman teknologi maklumat, bukan zaman TV hitam putih. Sata bersetuju ada tempat yang dilanda kepala air, namun usah sembunyikan fakta ada tempat yang dilanda balak-balak hanyut. Adakah kerajaan fikir, balak-balak itu datangnya dari alam ghaib. negeri bunian atau planet pluto?. Maka dengan mudah menafikan sepenuhnya. Sepatutnya tubuhkan Suruhanjaya Bebas buat siasatan yang lebih telus dan adil untuk bongkar segalanya.
Saya agak terkilan kerana tidak dapat berada dalam Sidang DUN Pahang untuk menjawab dan mendedahkan segala bukti itu, kerana dia bukan wakil rakyat. Namun, sebagai aktivis beliau terpanggil untuk menyatakan kebenaran, biarpun bertentangan dengan jawapan yang diberikan oleh kerajaan itu sendiri.
Saya konsisten, sejak dari awal lagi menyatakan banjir yang melanda ada kaitan langsung dengan penyalahgunaan tanah di kawasan tanah tinggi Bentong. Ia bukan sahaja melibatkan aktiviti pembalakan, malahan juga mungkin pertanian dan perumahan.
Saya ada mendengar projek bernilai jutaan ringgit yang sedang dibina, sudah pastilah hutan dan pokok balak ditebang untuk tujuan tersebut. Bila berlaku pengondolan berskala besar, maka kelestarian alam sekitar rosak dan tadahan hujan juga musnah. Inilah yang menyebabkan banjir lumpur dasyat melanda sebenarnya. Kenapa susah sangat nak nyatakan kebenaran hakiki yang mana hanya Allah sahaja lebih mengetahuinya. #CMK
Saya melihat dimana-mana saja ada kes terkait dengan isu pembalakan di negara ini, pastinya kerajaan negeri akan dakwa mereka menunggu laporan jabatan hutan negeri masing-masing.l.
Baik kejadian yang berlaku negeri Kedah (PAS), N.Sembilan (PKR), Pahang (UMNO), Kelantan (PAS) dan terkini Terengganu (PAS). Maknaya, tidak kiralah pihak mana jadi kerajaan, pastinya mereka amat bergantung kepada laporan oleh jabatan hutan ini. Soalnya, apakah jabatan ini ada kreadibiliti untuk siiasat secara telus dan adil berkaitan dengan isu-isu pembalakan?
Tiba masanya kerajaan pusat menubuhkan satu badan bebas untuk mengambil alih tugas ini. Rakyat marhaen kini sudah tidak nampak, jabatan hutan itu adalah agensi kerajaan yang profesional untuk menyiasat isu pembalakan.
Ini kerana, banyak benda yang boleh dipertikai dan banyak aduan serta laporan tentang ketirisan yang berlaku dalam jabatan ini sebenarnya. Dari pegawai atasan hinggalah yang paling bawah sekali. Biasanya rakyat akan tahu adengan ini selepas pegawai yang berkenaan bersara dan mula berulang alik ke surau masjid dan berbicara soal keinsafan.
Mereka akan dedah segalanya bagaimana ketirisan beraku dikalangan pegawai yang berkenaan. Sebab itulah pencerobohan hutan sering berlaku disana sini tanpa henti, semua kerana ada pengaruh 'orang dalam'. Malah jika dilihat kepada penguatkuasa, ia hanya dibuat selepas beribu-ribu ekar balak ditebang dan diceroboh. Tiada siapa berani bersuara termasuk pemimpin setempat, walhal lori balak bawa keluar kayu ikut jalan kampung.
Masing-masing sudah ada bahagian untuk 'tutup mulut'. Bila tinggal beberapa batang balak lagi, barulah operasi dibuat dan kayu dirampas. Tangkapan dilakukan, tapi biasanya pihak terbabit terlepas. Jika ada pun beberapa orang kuli warga asing ditangkap untuk didakwa. Jentera yant dirampas, sekejap ada kemudian hilang ikut pintu belakang. Ada siapa a0plpernah dengan tauke balak yang bawa keluar kayu-kayu balak haram ditangkap? Walhal ada jentera, sudah pasti boleh siasat dari kilang papan (sawmill) mana. Pernah ia dilakukan?
Balak yang dirampas kemudian di lelong oleh jabatan hutan, dan yang beli ialah tauke-tauke yang menceroboh kawasan terbabit. Bijak idea mereka mempermainkan mata rakyat. Orang dalam jangan cakap banyaklah, pasti habuan masing-masing menunggu, dengan syarat ia jangan diganggu ketika awal2 pencerobohan berlaku. Hanya buat operasi selepas 'lampu hijau' diterima, maknanya KPI sudah berjaya.
Banyak lagi info yang saya tahu sebab ramai pengawas hutan, renjer hutan, incas, pelukis pelan yang sudah bersara adalah kawan saya. Mereka banyak wang dan harta, tapi hidup tak senang selepas bersara. Mungkin kerana ia diperolehi secara 'tidak berkat' penuh 'rasuah'. Mereka dakwa, ketika bertugas 'halal haram' bukan halangan untuk terima imbuhan, asalkan kerja jalan. Jika mereka tidak mahu ambil, akan terima tekanan pula daripada orang atasan.
Maka itu saya langsung tidak yakin dengan siasatan jabatan hutan terhadap isu-isu terkait dengan pembalakan di negara ini. Mana mungkin mereka akan siasat kesalahan yang dilakukan oleh jabatan sendiri. Tidak ada dalam kamus mereka 'membuka pekong' sendiri. Sebab itulah kita tidka hairan, bukti macam mana pun didedahkan oleh rakyat marhaen, pasti akan dinafikan dengan begitu profesional oleh pihak terbabit. Maklumlah itu bidang kuasanya. Rakyat terus diperbodohkan.
Kerajaan negeri pun memang seronok dengan jawapan NAFI, sebab biasanya yang terlibat adalah proksi dan kroni mereka sendirikan. Maka, tibalah masanya sebuah badan bebas dan berkecuali diberi tanggungjawab untuk menyiasat isu-isu berkaitan pembalakan. Jika tidak, sampai bila-bila pun rakyat marhaen akan terus dipermainkan oleh pihak terbabit.
Selepas isu pembalakan di Maran, saya akan ulas pula isu di Sungai Lembing. Maran dengan Sungai Lembing tak jauh beza. Tahniah buat pejabat hutan kerana buat tindakan.
Tapi saya ada beberapa soalan yang perlu dibicarakan secara telus dan adil. Saya benci dengan aktiviti pencerobohan hutan dan pengondolan tanah di biarkan dulu, kemudian baru semua pihak mahu tunjuk profesional selepas segalanya musnah.
Antara persoalan dan kemusykilan saya ialah :-
1) 38.68 atau 96 ekar tanah kerajaan yang di tanam Musang King ini pd asalnya diceroboh. Soalan saya apa tindakan kepada pihak yang baham balak-balak tersebut? Biasanya yang mencuri balak mereka yang ada kabel dengan orang politik, pihak berkuasa dan tauke balak.
2) Syarikat mana yang sakau kayu-kayu balak yang diceroboh atas tanah kerajaan itu? Jika dilihat keadaan pokok Musang King, masih baru lagi tak macam di Raub yang beberapa kali sudah keluarkan hasil. Memang susah bg kerajaan nak siasat pihak mana ceroboh dan bawa kayu balak seluas 4,400 ekar sebelum di tanam durian Musang King. Tapi Sg Lembing, luas tak sampai 100 ekar dan baru beberapa tahun lalu (Raub 20-30 tahun, susah sikit).
3). Tanah milik kerajaan itu diwartakan sebagai Hutan Simpan Sungai Lembing pd mesyuarat MMK ke-4 pada 26 Januari lalu. Persoalanya kenapa tanah milik kerajaan di hutan Bukit Makro, Maran yang telah dibatalkan lesen pembalakan pada 17 Januari, tidak diangkat sama untuk diwartakan? Walhal Bukit Makro adalah kawasan riadah dan sewajarnya lebih diutamakan, kerana ia juga tanah kerajaan.
4). Adakah kerana kayu balak di Sungai Lembing ini telah ditebang disakau oleh penceroboh, kemudian tamah ditanam Musanmg King baru ia mahu diwartakan? Sementara itu di Bukit Makro, ia lambat untuk diwartakan kerana kayu balak belum dikeluarkan lagi? Pembatalan lesen setakat ini tidak ada dokumen (surat rasmi), hanya sekadar kenyataan media sahaja.
5) Apalah adengan yang sama akan berlaku, seperti isu pencemaran Tasik Chini yang saya perjuangkan pada 2020 lalu. Tanah kerajaan diceroboh, balak disapu dan lombong haram tumbuh bagaikan cendawan. Selepas hasil mahsul dikeluarkan, barulah kerajaan umum kawasan itu akan dijadikan Hutan Simpan Tasik Chini. Barulah dibuat pemeliharaan dan pemuliharaan, walhal segala-galanya sudah digondolkan oleh mereka yang berkenaan.
Maka itu saya menggesa Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) siasat dan dedahkan jiga pihak mana yang keluarkan kayu balak secara haram atas tanah kerajaan seluas 96 ekar itu. Malah, cekup sekali dalang 'orang dalam' yang terlibat jadi 'tali barut'. Tebang Musang King ni adengan biasa yang tidak memudara sesiapa sebenarnya. Apa yang lebih penting ialah dedahkan juga pihak terlibat, bukan sekadar taayang aktiviti penebangan.
Oleh kerana kawasan ini adalah tanah milik kerajaan, maka jabatam yang berlaitan seperti Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Pahang dan Pejabat Daerah Dan Tanah Kuantan juga diminta siasat dan membongkarkan aktiviti pencerobohan tanah ini. Siapa dalang dan 'orang dalam' yang terlibat?
Jika tidak rakyat akan melihat, 'wal hasil. balik asal'. Cerita yang sama, pokok ditebang, hutan digondollkan, tanam pokok berjuta, balak diceroboh dan macam-macam lagi. Tapi isu ini tak pernah berhenti dan berapa ramai syarikat balak yang didakwa? Jentera dan kuli-kuli diangkut sekejap, tak lama lepas dan hilang dari lokasi.
Beribu-ribu ekar kawasan diceroboh tapi tak disedari langsung oleh pemimpin setempat dan pegawai hutan, tanah dan bagai-bagai lagi. Bila tinggal beberapa ekar, barulah masing-masing perasan dan buat tindakan. Panggil media untuk maklum dah buat kerja berkaitan. Beribu-ekar balak yang ditebang atau dilelong dan yang beli biasanya ialah tauke yang sama upah penceroboh mencuri. ~ CMK
Susulan kejadian insiden 16 mangsa hanyut akibat arus deras di Telemong, Bentong semalam maka saya menggesa Kerajaan Negeri Pahang menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyiasat secara telus isu ini.
Saya melihat bagai ada sesuatu yang tidak kena dalam kes ini apabila ada dua kenyataan berbeza oleh pihak berkuasa dan ahli keluarga mangsa yang terbabit hari ini. Semalam, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar menafikan isu yang tular menerusi media sosial semalam.
Beliau juga menggesa orang ramai berhenti menyebarkan mesej berkenaan bagi mengelak kegusaran terutamanya dalam situasi genting yang sedang berlaku kini.
Sementara itu Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani juga pada satu kenyataan mengesahkan tiada kejadian itu berlaku dan tidak menolak kemungkinan ia dilakukan pihak tidak bertanggungjawab dengan menggunakan gambar lama yang tidak berkaitan dengan banjir yang sedang berlaku.
Saya merasa musykil dengan "sindrom penafian" oleh pihak berkuasa ini. Tambahan pula, selepas penafian itu salah seorang ahli keluarga mangsa pula mendedahkan kisah sebenar kejadian tersebut siap dengan gambar dan video yang berkenaan.
Amat musykil keluarga mangsa sengaja mahu mereka cerita bab kematian. Sebagai orang Islam, tidak ada sesiapa mahu memaklumkan kepada dunia bahawa ahli keluarga mereka mati. Malah saya lihat ada majlis solat hajat yang diadakan oleh pihak keluarga mangsa agar mereka yang masih hilang ditemui.
Kenapa perlu berselindung jika ia adalah kebenaran. Apa motif menafikan sekiranya perkara itu ada bukti dan asasnya. Sepatutnya pihak berkuasa memanggil ahli keluarga mangsa dan saksi-saksi yang mengetahui kejadian ini.
Ini zaman media sosial, bukan zaman TV hitam putih. Makanya, buatlah kenyataan dan tindakan yang telus tanpa didesak oleh mana-mana pihak. Banjir yang berlaku di kawasan Telemong ini mungkin ada kaitannya dengan aktiviti pencemaran alam yang ditentang oleh penduduk selama ini.
Pada tahun lepas, penduduk berkali-kali membantah aktiviti pembalakan sama ada secara berlesen apatah lagi secara haram di kawasan hutan berhampiran kawasan terbabit. Malah, penduduk mengadakan demontrasi membantah aktiviti pembalakan di Sungai Gapoi hingga menyebabkan pencemaran kepada Sungai Telemong.
Namun, bantahan itu dinafikan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP). JPNP dalam satu kenyataan berkata, kawasan pembalakan di atas tanah seluas 674.9 hektar itu diluluskan kerajaan negeri sejak 2015 kepada Syarikat Sri Jengka Sdn Bhd untuk projek pertanian kelapa sawit. Kelulusan itu dibuat berdasarkan Mesyuarat Majlis Kerajaan (MMK) pada 25 Februari 2015.
JPNP turut mendakwa aktiviti pembalakan diluluskan oleh JPNP melalui kelulusan secara dasar pada 2013, dan MMK pada 2015 membabitkan empat lesen berkeluasan 257.5 hektar yang dilaksana secara berperingkat bermula 1 Disember 2019 sehingga kini. Keempat-empat kawasan lesen ini terletak berhampiran antara satu sama lain, dan berkongsi balai pemeriksaan hutan sementara, matau serta penempatan pekerja.
Tinjauan JPNP ke kawasan tersebut pada pada 1 September 2020 juga mendapati dakwaan aktiviti pembalakan itu menyebabkan pencemaran kepada Sungai Telemong adalah kurang tepat kerana air sungai terbabit masih jernih.
Laporan aduan awam yang diterima JPNP ketika itu didakwa telah disemak dan mendapati tiada aduan mahupun bantahan terutama oleh masyarakat Orang Asli Kampung Gapoi iaitu penempatan paling hampir dengan kawasan pembalakan ini. Walaupun kawasan ini membabitkan aktiviti pembalakan secara tebang habis, tetapi JPNP menetapkan syarat supaya kawasan zon penampan alur air untuk sungai masih tidak dibenarkan aktiviti penebangan pokok. JPNP juga mendapati pelesen masih mematuhi syarat, cuma sebahagian kecil kawasan sungai terdapat sisa pembalakan di dalamnya.
JPNP turut mendakwa tinjauan juga dibuat di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Gapoi dan mendapati air sungai masih jernih dan dalam khususnya di bahagian muka sauknya. Malah mereka turut menemubual pekerja Pengurusan Air Pahang Bhd (PAIP) di situ dan turut mengesahkan tiada kes penutupan operasi loji akibat pencemaran sungai.
Hutan yang telah digondolkan di kawasan Telemong
Itulah senarionya setahun yang lalu, namun hari ini Disember 2021 kisahnya lain pula. Saya melihat, mungkin ada kaitan aktiviti pembalakan ini dengan kejadian banjir lumpur dasyat yang berlaku di kawasan tersebut.
Berdasarkan video yang diviralkan oleh ahli keluarga mangsa terbabit mungkin ada kaitan isu pembalakan secara berleluasa dengan banjir yang berlaku di kawasan Bentong termasuk di Janda Baik dan Lebuhraya KL-Karak sebenarnya.
Malah lebih parah lagi, jika benar dakwaan ada kematian dan kehilangan nyawa ia sesuatu yang mendukacitakan. Rakyat berjuang habis-habisan menetang aktiviti salah guna tanah kerana takut berlaku banjir besar akibat tadahan hujan dan bukit bukau yang sudah digondolkan. Kini, apa yang ditakuti itu akhirnya berlaku. Maka itu, saya mengesyaki ada usaha pihak-pihak tertentu untuk menutup kes kehilangan mangsa dengan aktiviti pembalakan di kawasan terbabit sebenarnya.
Kerajaan Negeri Pahang perlu siasat insiden inidengan telus. Rakyat keliru antara dua fakta berbeza yang dipertontonkan kepada mereka sekarng ini. Justeru, berpijaklah di bumi yang nyata.
Malah media hari ini turut melaporkan empat mangsa meninggal dunia, dua hilang dan 10 lagi selamat selepas lima kereta dihanyutkan arus deras di Jambatan Telemong, di Bentong, Sabtu lalu. Ini bermakna semua mangsa yang terlibat dalam insiden itu sah seramai 16 orang.
Persoalannya kenapa Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, orang ramai diminta berhenti menyebarkan mesej berkenaan bagi mengelak kegusaran terutamanya dalam situasi genting yang sedang berlaku kini. Apakah yang berlaku sebenarnya?. Kenapa perlu menafikan sesuatu yang benar-benar berlaku?.
Malah kenyataan terkini Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) (Pahang), Ismail Abdul Ghani, yang mendakwa lima mangsa maut telah ditemui juga mengelirukan.
Sebelum ini beliau luga mengesahkan tiada kejadian itu berlaku dan tidak menolak kemungkinan ia dilakukan pihak tidak bertanggungjawab dengan menggunakan gambar lama yang tidak berkaitan dengan banjir yang sedang berlaku.
Kenapa harus ada maklumat yang berbeza? Usahlah lari dari tanggungjawab dan masih lagi terus menggunakan sindrom penafian pada zaman teknologi maklumat yang semakin canggih hari ini. Takutkan Allah jangan takut kepada manusia. Maka itulah isu ini harus dibongkar dengan lebih mendalam lagi. Dua kenyataan berbeza membuktikan ada sesuatu yang tidak kena sebenarnya disebalik tabir kejadian ini.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abididn di parlimen baru-baru ini mendakwa Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz melantik syarikat Digital Nasional Berhad (DNB) yang tidak ada pengalaman dan infrastruktur untuk kendalikan teknologi 5G dengan kosnya mencecah RM11 billion.
Sususlan itu, saya tiba-tiba teringat pula isu HighSpeed Broadband yang membabitkan kos jutaan ringgit di Pahang 10 tahun lalu. Sampai sekarang tiada kemudahan yang dijanjikan.
Malah bila saya UP isu ini dulu, ada pembesar negeri kata projek yang dirasmikan PM Najib Razak itu sudah berkubur. Wang jutaan ringgit sudah lebur dan syarikat yang kendalikannya kini sudah hancur. Laman web pun dah tiada.
Maknanya Kerajaan Negeri Pahang wajar buka kertas siasatan terhadap isu ini. Dakwa pihak2 yang berkenaan termasuk JALENAS dan juga mereka yang terlibat. Boleh biarkan begitu saja tanpa ada apa tindakan? Sedaplah macam tu.
Mujurlah saya bukan ahli DUN yang boleh bawa isu ini ke sidang Dewan Undangan Negeri DUN untuk dijawab oleh pihak yang berkenaan. Apa yang saya tau, bangunan JALENAS pun sudah bertukar jadi Tourism Pahang kat Malay Town.
Ada sesiapa boleh maklumkan kepada saya, apakah status HIGH SPEED BORADBAND di Kuantan ini? Kuantan dan jadi bandaraya, tp interner berkelajuan tinggi yg dijanjikan entah ke mana? Mohon pencerahan (Dengan izin).
KUANTAN - Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini pada Julai 2020, Mohd Shukri Mohd Ramli akan membuat kemunculan semula bersama sebuah parti politik dalam masa terdekat ini.
Beliau yang berehat daripada politik dan menjadi aktivis masyarakat sejak 11 Februari 2011 itu berkata, kemunculan semula beliau bagi memeriahkan kembali iklim politik dan demokrasi.
"Selama 10 tahun saya berjuang sebagai aktivis, kini tiba masa saya menyertai semula politik untuk meneruskan perjuangan rakyat marhaen," katanya.
Menurut Shukri yang juga dikenali sebagai Blogger Cucumatkilau (CMK) itu, hasrat untuk kembali timbul selepas melihat amalan demokrasi di negara ini perlu disuburkan.
"Saya dah lama berehat, banyak isu yang saya angkat termasuk isu penyelewengan rumah murah dan tanah, isu kemusnahan alam sekitar,isu pencerobohan hutan, isu pencemaran Tasik Chini, isu pencerobohan haram durian Musang King di Raub, isu penindasan pekerja MCKIP, isu susur keluar LPT Pekan Tajau- Jengka dan banyak lagi.
"Maka saya rasa sudah tiba masanya isu-isu ini diangkat oleh rakan-rakan politik ke dewan yang mulia sama ada DUN atau Parlimen. Maka itulah saya rasa perlu kembali kepada platform politik agar isu yang dibangkitkan itu lebih bergema selepas ini," tambah beliau.
Difahamkan beberapa buah parti politik membuka ruang untuk beliau setakat ini.
"Setakat ini ada tujuh buah parti termasuk dari kerajaan dan pembangkang yang menawarkan peluang untuk saya kembali aktif. Namun, saya hanya akan memilih salah satu daripadanya sebagai wadah perjuangan baharu saya untuk masa hadapan.
Ketika ditanya apakah keputusan itu bermakna beliau akan bertanding Pilihan Raya Umum Ke-15 menggunakan lambang parti, Shukri mendakwa buat masa ini beliau belum terfikir ke arah itu. Namun katanya, terpulang kepada parti terbabit.
"Jika saya dicalonkan, saya terima. Jika tidak dicalonkan saya akan teruskan perjuangan seperti biasa. Bukan soal mahu menjadi calon atau tidak. Apa yang penting saya tidak akan menjadi calon bebas lagi bermula PRU-15 ini.
"Saya ucapkan terima kasih kepada semua pimpinan parti yang memberi ruang kepada saya untuk berbincang dan menyatakan hala tuju parti masing-masing. Soal parti mana yang saya pilih itu adalah hak saya. Tidak perlu ada pihak yang kecewa atau sebaliknya," tambahnya.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan ada pihak yang akan menyerang dan mengutuk keputusan beliau itu, namun baginya dia sudah lali dengan komen, kritikan, cacian, fitnah dan penghinaan yang dilontarkan terhadapnya.
"Saya jadi aktivis pun orang marah, saya bertanding bebas pun orang pertikai... maka tidak perlulah saya nak marah orang yang menyerang saya kerana kembali aktif berpolitik. Apa yang penting mereka tahu pinsip asas perjuangan saya ialah bukan membina kekayaan peribadi tetapi membela rakyat marhaen dengan lebih telus, adil dan berani," dakwa beliau.
Keputusan Shukri ini pastinya ditunggu-tunggu oleh semua pihak kerana kelantangan dan keberanian beliau menegur dan membangkitkan isu amat disokong oleh rakyat terutamanya dalam isu penyelewengan tanah yang melibatkan orang-orang dalam jabatan.
Apa pun, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi beliau dalam masa terdekat ini.
Saya merasa sedih dan terharu, apabila mendapat maklumat panas berkaitan isu tanah hari ini iaitu diketika rakyat Malaysia sedang menyambut Hari Kebangsaan yang ke-64.
Malang sekali, bila dimaklumkan tanah kelompok yang dimohon oleh orang- kampung telah bertukar menjadi ladang Musang King dan Kelapa Sawit secara haram oleh pihak yang berkepentingan dengan bantuan 'orang-orang dalam'.
Dokumen berkaitan sudah saya terima dan Insya Allah akan didedahkan bila segala maklumat sudah lengkap sepenuhnya.
Sungguh tidak disangka 'pengkhianat' adalah bangsa Melayu sendiri. Tali barut yang 'kautim' dengan tokey-tokey Musang King juga adalah bangsa kita sendiri!.
Fikiran dan jiwa-jiwa mereka masih dijajah kerana mengejar kemewahan diri sendiri, kroni, proksi dan puak gerabak mereka.
Inilah bangsa yang sanggup menjual tanah air sendiri untuk hidup. Bila isu terbongkar, bangsa lain yang dipersalahkan!
Jika anda ada maklumat seperti ini, jgn malu2 hubungi admin untuk tindakan selanjutnya. Ini adalah tanah tumpah darah kita. Bersama selamatkan hak kita.
Usahlah bersekongkol dengan pengkhianat agama, bangsa dan tanah air ini. Mereka perlu dilawan habis-habisan agar sedar kesilapan yang dilakukan selama ini. Hak rakyat marhaen janganlah dinafikan!! ✊ #CaknaDemiRakyat#SuaRakyatSuaraKeramat
HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN TANAH !! KERAJAAN NEGERI SIBUK HAL MUSANG KING DI RAUB, MEREKA BALUN DAN BAWA MASUK PULA PEKEBUN HARAM DURIAN KE DAERAH2 LAIN DI PAHANG. PENGKHIANATAN DIMANA2
Wakil Rakyat Marhaen, MOHD SHUKRI B MOHD RAMLI @ JAMALUDDIN
People's Activist N Freedom Journalist CMK@Blogger Cucumatkilau www.cucumatkilau.blogspot.my
Penyelaras NGO Angkara Angkatan Pembela Rakyat www.angakraterjah.blogspot.my
Susulan kenyataan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) bahawa penyebaran mesej makluman berkaitan larangan beriadah dan bersukan di taman awam seperti yang tular pada Sabtu adalah palsu, maka saya menggesa PBT terbabit membuat laporan polis terhadap isu ini.
Ini kerana tindakan pihak yang menyebarkan berita palsu itu telah menimbulkan kekeliruan, situasi panik dan kegelisahan dikalangan warga Kuantan. Ini kerana adanya dua SOP berbeza terhadap perkara itu. Berdasarkan kepada SOP terbaharu Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa-2 yang dikemaskini pada 25 Ogos lalu.
Semua aktiviti sukan dan rekreasi secara individu yang tidak bersentuhan fizikal bagi tujuan kesihatan, kecergasan dan kemahiran kendiri dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 2 hingga 3 meter dan dilakukan di kawasan terbuka (outdoor) termasuk separa terbuka bermula jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam tertakluk kepada arahan kawalan pergerakan yang sedang berkuat kuasa.
Malah, aktiviti tersebut adalah seperti joging, senaman, renang, kayak (solo), taichi, berbasikal, skateboarding, memancing, ekuestrian, memanah, mendaki, tenis/ badminton (single), golf, permotoran dan seumpamanya
Justeru, penyebaran mesej palsu itu jelah mengelirukan orang ramai, terutama yang sudah lengkap dua dos untuk membawa keluarga beriadah di taman awam dan pantai sekitar Kuantan.
MBK kata palsu, tapi kenapa operasi dibuat hingga kelirukan warga Kuantan?. Siap lokasi taman awam (Taman Esplanade depan HTAA) ada "Barrier Blockade" lagi. Malah jelas dilihat penguatkuasa MBK buat pengumuman amaran kepada orang ramai akan diambil tindakan sbb langgar SOP PKP 3.0.
Jika MBK dakwa mesej yang tersebar itu palsu, kenapa penguatkuasa buat operasi dilokasi yang berkenaan? Malah, dalam mesej siap ada nombor untuk dihubungi PERTEL Penguatkuasa MBK (( 0129505742 )), pada mesej siap CC kepada IPD Kuantan lagi.
Jika palsu, MBK wajar buat laporan polis untuk siasat siapakah yang viralkan nesej itu hingga jadi kegelisahan kepada warga Kuantan. Sebab ini isu serius, ia tak cukup dengan admin hanya tulis palsu di page facenook sahaja.
Datuk Bandar haruslah tampil segera membuat kenyataan rasmi atas isu ini. Sama ada mahu mohon maaf atas mesej yang tersalah sebar, atau umum akan laporkan kepada pihak polis kerana ada pihak yang nak rosakkan imej MBK.
OCPD Kuantan boleh buat kenytaan rasmi siap ditandatangani lagi, mana mungkin admin FB saja keluar perkataan PALSU, sedangkan rakyat sudah dikelirukan dengan maklumat ini sejak ia diviralkan.
Maka, MBK wajar buat laporan polis kepada mana2 pihak yang membuat kenyataan palsu itu agar diambil tindakan oleh pihak polis dan didakwa ke muka pengadilan. Sebar berita palsu adalah salah disisi undang2 di negara ini.
Sepatutnya PBT perlu rujuk kepada Kerajaan Negeri Pahang, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sebelum membuat sesuatu tindakan yang boleh mengelirukan orang awam. Ini bukanlah kes pertama berlaku di Kuantan, sebelum ini sudah banyak SOP yang bercanggah antara MKN dan MBK sebenarnya.
Oleh kerana pemimpin dan mantan pemimpin UMNO sebenarnya yang berebut nak jadi PM dalam senario politik negara kita sekarang, maka apa kata kali ini kita cuba pula pemimpin parti Islam jadi PM dan memimpin negara ini hinggah habis penggal, parlimen dibubarkan.
Dalam perebutan kuasa untuk jawatan Perdana Menteri sekarang ini, Nama-nama seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim (TPM zaman Mahathir), Tan Sri Muhyiddin Yassin (PM, TPM Zaman Najib), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (TPM Zaman Muhyiddin), Datuk Seri Najib Tun Razak (TPM Zmn Mahathir), Datuk Seri Zahid Hamid (TPM Zaman Najib) dan Tun Mahathir (PM, TPM pada Zaman Tun Hussein Onn) adalah dari DNA UMNO biar pun mereka kini ada yang sudah tidak bersama parti itu lagi sebenarnya.
Politik negara kita terus jadi carca merba dan masih bercelaru, makanya sesiapa saja yang diangkat jadi PM pasti akan ada yang tidak puas hati dikalangan mereka dan akan terus bangkit memberontak. Maka saya rasa elok kita cuba pula Perdana Menteri Interim daripada kalangan pemimpin PAS pula, sebab PAS juga ada calon-calon yang layak dan berwibawa seperti Datuk Seri Haji Abd Hadi Awang atau Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man serta ramai lagi. Mana tahu ada juga keberkatan, apabila disokong dek para ulamak yang mahukan Islam tertegak di bumi Malaysia tercinta ini.
Nak kata salah atau silap, adatlah. Kita manusia tak akan lari daripada melakukan kesilapan. Namun, diketika musim Covid-19 ini apakata jika kita kembalikan kuasa dan tampuk pemerintahan kepada yang faham Islam pula. Kita dah cuba lama PM dari DNA UMNO... DNA DAP kita tak nak dan takut, maka cuba pulak DNA PAS. Islam pasti boleh.
Zaman dulu mungkin kita boleh akur dengan DNA dari UMNO sebab parti keramat orang Melayu itu tidak pernah tumbang 13 kali penggal pilihan raya umum. Namun selepas PRU14, parti ini sudah tidak sehebat dulu lagi. Disnati UMNO sudah hilang taringnya dan kini berkecamuk sesama sendiri untuk merebut sedikit kuasa yang ditinggalkan, jika Muhyiddin meletak jawatannya hari ini.
Roh perjuangan Islam dan Melayu sudah hilang sedikit demi sedikit. Semuanya kerana terlalu lama berkuasa dan guna wang ringgit untuk memenangi hati rakyat marhaen. Jika tidak dibayar, tak buat kerja dan tak undi. Bila ada wang baru buat tindakan. Hinggalah dapat kuasa, projek dan kemewahan akan jadi habuan kepada kroni, proksi dan pemimpin yang dipilih oleh rakyat.
Pemimpin kaya raya mewah tapi rakyat marhaen terus merempat di bumi sendiri. Maka, hari ini kita kena ubah dan berikan jawatan PM itu kepada pemimpin yang ada sirah perjuangan Islam dalam jiwa-jiwa mereka.
Dalam PAS memang ada yang buat salah sikit-sikit itu normal dan boleh diperbetulkan selagi akidah mereka berpaksikan syariat Islam. Namun selagi kita tidak mencuba selagi itulah hanya DNA UMNO akan terus berkuasa selama-lamanya.
Minda kita kena diubah, kena kembali kepada Islam untuk keluar dari bala bencana, musibah yang melanda. Bila dua puak orang Islam bertelagah maka kembalilah kepada Al-Quran.
Bila kuasa politik Melayu berbalah sesama sendiri yang semuanya dari kalangan DNA UMNO maka itu marilah kita berikan pula kepada Islam untuk memimpin. Saya yakin rahmat Allah pasti akan datang dan keluarkan negara kita dari kemelut dan musibah Covid-19 yang terus melanda sekarang ini.
Saya bukan ahli PAS, cuma sekadar pandangan peribadi semata-sama, sebab saya lihat tukarlah sesiapa pun selagi mereka dari DNA UMNO pastilah negara akan terus terjerumus ke dalam konflik politik yang berpanjangan.
Lagi pun, diakhir zaman ini semua DNA UMNO yang tubuhkan parti baharu tetap akan ada yang melompat. Tapi pemimpin PAS sampai sekarang kekal dan masih terus istiqomah dengan perjuangan mereka sehingga ke hari ini.
Pilihan kini boleh dibuat oleh Yang Dipertuan Agong untuk melantik mana-mana wakil rakyat yang difikirkan sesuai menjadi Perdana Menteri dalam sebuah kerajaan interim sementara meninggu habis penggal untuk parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada PRU-15.
Anwar permah bersama PAS (Pakatan Rakyat), Lim Guang Eng pernah bersama PAS (Pakatan Rakyat), Najib dan Zahid permah bersama PAS (Muafakat Nasional), Muhyiddin, Ismail Sabri bersama PAS (Perikatan Nasional). Makanya semua parti yang ada majoriti terbesar pernah bersama PAS. Tidak salah untuk kita mencuba kepimpinan Islam pula berada ditampuk kuasa sebagai Perdana Menteri sehingga parlimen di bubarkan dan pilihan raya umum itu diadakan.
Apa kata kita cuba hingga habis penggal Ini jer sebagai Perdana Menteri Interim. Insya Allah, dah lebih 60 tahun kita dipimpin DNA UMNO. Takkan nak cuba DNA PAS kita rasa takut kot. Sekadar pandangan yang mungkin tidak akan menjadi kenyataan. Apapun salam perjuangan.
Surat terbuka ini ditujukan kepada Perdana Menteri Malaysia agar pihak kerajaan segera masuk campur isu penindasan yang dihadapi oleh pekerja tempatan di kilang Alliance Steel (M) Sdn Bhd di Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) yang terletak di Gebeng, Kuantan sekarang ini. Tiba masanya kerajaan Malaysia mengambil tindakan dan memperbetulkan keadaan, jika tidak sampai bila-bila isu ini tidak akan selesai sebenarnya.
Bantulah rakyat marhaen yang amat memerlukan pembelaan daripada pihak kerajaan.
YANG AMAT BERHORMAT.
TAN SRI DATO. HJ MAHIADDIN HJ MD YASSIN
Perdana Menteri Malaysia,
Pejabat Perdana Menteri,
Aras 5 Blok Utama Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
Adalah dengan segala hormatnya kami merujuk kepada perkara di atas.
Umum mengetahui Pembangunan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) yang terletak di Gebeng Kuantan, mampu mengangkat jenama barangan buatan Malaysia ke persada antarabangsa.
Difahamkan sekitar 85 hingga 90 peratus barangan yang dihasilkan di kawasan industri itu adalah berorientasikan eksport. Terdapat 11 kilang di MCKIP dengan kilang terbesar ialah kilang besi dan keluli Alliance Steel (M) Sdn Bhd.
Secara tidak langsung ini akan menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan dan membolehkan pemindahan teknologi ke sini, selain mewujudkan satu rantaian bekalan industri yang sekali gus memacu perkembangan ekonomi di Pantai Timur,
MCKIP adalah lambang persahabatan hubungan diplomatik antara Malaysia dan China dan model kerjasama itu berpaksikan kepada formula menang-menang kepada kedua-dua negara. Alliance Steel juga adalah pelabur terbesar di MCKIP dan setakat ini, telah membawa masuk dana pelaburan berjumlah RM12 bilion dan lebih 3,000 daripada 5,000 pekerjanya adalah rakyat tempatan.
Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) juga akan menjadi nilai tambah kepada MCKIP, selain turut mendapat manfaat daripada pelaksanaan projek menaiktaraf dan mendalamkan Pelabuhan Kuantan. Malah kedudukan Pelabuhan Kuantan yang strategik juga membolehkan bahan mentah dari China dibawa masuk ke negara ini dalam tempoh empat hari sahaja, yang menjadi daya penarik kepada pelabur.
Yang Amat Berhormat Tan Sri,
Pada awal kewujudan MCKIP di Gebeng ini dulu sememangnya sudah ramai pihak yang menentang dan membuat bantahan. Rakyat Malaysia bimbang projek ini akan mewujudkan wilayah baharu di sebalik tembok besar China.
Tembok setinggi lapan kaki itu dilihat melindungi 1,200 ekar tanah fasa satu MCKIP. Tembok tersebut dibina mengelilingi seluruh tapak projek, dengan anggaran perimeter paling kurang sembilan kilometer. Bagi penduduk tempatan, tembok itu digelar sebagai "Tembok Besar China" Kuantan.
Dilancarkan secara rasmi pada 5 Februari 2013, sebanyak 49 peratus pegangan MCKIP dimiliki Guangxi Beibu Gulf International Port Group Co Ltd, sebuah syarikat China milik kerajaan Wilayah Autonomi Guanxi, manakala 51 peratus lagi oleh konsortium Malaysia - Kuantan, Pahang Holding Sdn Bhd.
Konsortium itu adalah usaha sama kerajaan dan swasta, melibatkan IJM Land Berhad (40 peratus), Sime Darby Property Berhad (30 peratus), dan kerajaan Pahang melalui Perbadanan Setiausaha Kerajaan dan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (30 peratus).
Perasmian besar-besaran itu turut dihadiri Perdana Menteri ketika itu iaitu Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Persidangan Perundingan Politik Rakyat China (CPPCC), Jia Qinglin.
MCKIP adalah projek pertama yang dianugerahkan status "Taman Perindustrian Nasional" dan dikatakan bakal menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi tempatan, selain membuka ribuan peluang pekerjaan.
Namun setelah empat tahun berlalu, penduduk Kuantan mula merungut apabila janji tersebut masih belum tertunai.
Difahamkan seluas 710 ekar tapak fasa pertama telah dijual kepada Alliance Steel (M) Sdn Bhd, sebuah usaha sama antara dua entiti China iaitu Guangxi Beibu Gulf Port International Group Co Ltd dan Guangxi Shenglong Metallurgical Co Ltd. MCKIP pernah digelar sebagai "kota tertutup", lerama ia sama sekali berbeza dengan taman perindustrian lain di Kuantan, seperti Kawasan Perindustrian Gebeng dan Kawasan Perindustrian Semambu.
Bagi kedua-dua kawasan perindustrian itu, orang ramai bebas keluar masuk dan pagar hanya dipasang untuk bangunan pejabat dan kilang milik syarikat. Namun MCKIP amat berbeza saman sekali dan inilah yang menjadi persoalan dikalangan rakyat marhaen sejak awal-awal kilang ini dibina suatu ketika dahulu.
Yang Amat Berhormat Tan Sri,
Kami menyokong kewujudan MCKIP dapat menjadi pemangkin ekonomi negara dengan cukai dan peluang pekerjaan yang disediakan. Namun mutakhir ini, sudah mula timbul berbagai isu yang tidak sepatutnya berlaku di kilang terbabit.
MCKIP dilihat terlalu menindas pekerja tempatan terutamanya anak Melayu. Berbagai peraturan mengarut yang sengaja dibuat untuk menekan dan mendera mental dan fizikal pekerja tempatan. Banyak aduan dan maklumat yang telah diterima, sehingga ke hari ini ia masih gagal diselesaikan dan diambil berat oleh pihak kerajaan. Antara isu yang perlu diberi perhatian dan pertimbangan sewajarnya oleh pihak kerajaan ialah :-
1.PEKERJA TEMPATAN DIARAHKAN BERCUTI TANPA GAJI
Di ketika musim Covid-19 yang masih melanda sekarang ini dan saat ekonomi rakyat semakin tenat akibat banyak sektor ekonomi yang tidak dapat beroperasi. Tiba-tiba semua pekerja tempatan yang menjalani kuarantin selama 14 hari baru-baru ini diarahkan bercuti tanpa gaji.
Tambah menyedihkan, tempoh cuti tersebut tidak bertarikh dan hanya akan dipanggil apabila situasi memerlukan. Bayangkan 1,300 orang pekerja tempatan terpaksa sekali lagi berhadapan dengan kes yang sama berlaku pada tahun lepas, apabila ribuan pekerja diberhentikan tanpa sebarang notis. Malahan pampasan yang diberikan tidak setimpal dan hingga kini bakinya tidak dijelaskan.
Malah, difahamkan ramai pekerja yang bercuti tanpa gaji sejak beberapa bulan yang lalu masih belum dipanggil bekerja sehingga ke hari ini. Kini, ribuan lagi yang diarahkan bercuti, ini akan melumpuhkan terus sumber ekonomi mereka sebenarnya.
Dalam masa yang sama beberapa hari yang lalu barangan peribadi mereka diselongkar, dimasukkan ke dalam plastik hitam dan diletakkan di stor. Ia atas alasan untuk tujuan sanitasi. Namun anehnya dalam masa yang sama dilaporkan bas-bas membawa pekerja asing dilihat masuk ke kawasan asrama kilang membawa pekerja baru yang sebahagian besarnya dari China, Bangladesh, Indonesia (Aceh) dan Myanmar (Rohingya).
Ini menunjukkan kilang MCKIP sengaja menghentikan perkhidmatan pekerja tempatan untuk digantikan dengan pekerja warga asing. Mereka mudah membawa masuk pekerja asing menggunakan bas pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang ini.
2.SYARAT TINGGAL DI HOSTEL PERLU DILONGGARKAN
Mula dikuatkuasa pada musim pandemik Covid-19 yang melanda sejak tahun lepas dan sekarang ini. Tujuannya untuk memastikan virus yang merebak di luar kilang masuk ke dalam apabila ada pekerja yang positif.
Pekerja tempatan hanya diberi satu pilihan untuk bekerja, iaitu tinggal di hostel kilang atau pun bercuti tanpa dibayar gaji (umpaid) jika gagal mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak kilang terbabit sebelum ini. Namun notis terbaharu semua pekerja terbabit diarahkan bercuti terus tanpa dibayar gaji, seperti dilaporkan sebelum ini.
Apa yang mengecewakan semua pekerja dilarang tinggalkan kawasan kilang dalam tempoh yang lama. Mereka tidak dibenarkan balik untuk bertemu anak isteri atau keluarga masing-masing sehingga ke hari ini. Difahamkan sudah hampir dua bulan pekerja tempatan seolah-olah dikurung dalam kawasan MCKIP.
Mereka hanya boleh bertemu dengan ahli keluarga yang datang ke kilang terbabit menerusi celah-celah pintu pagar. Mereka umpama banduan yang sedang dipenjara akibat kesalahan jenayah. Walhal mereka hanya pekerja industri di kilang berkenaan.
Bagi pekerja yang bujang dan tidak berkeluarga mungkin ia tidak menjadi masalah. Namun bagi yang baru berkahwin, anak kecil, keluarga isteri jauh (perantau) dan bergantung sepenuhnya segala urusan kepada suami, maka inilah yang menjadi masalah. Malah, ada pasangan mereka terpaksa berhenti kerja gara-gara terpaksa menjaga anak sendiri di rumah akibat suami yang tidak dibenarkan pulang hatta dua minggu atau sebulan sekali.
Paling menakutkan, kini virus Covid-19 pula merebak dari dalam kawasan kilang akibat kebanjiran pekerja asing terutamanya dari negara China dan Bangladesh. Biar pun awalnya kes positif di kilang terbabit seolah-olah disembunyikan, namun selepas pendedahan demi pendedahan yang dilakukan akhirnya wujud Kluster Hostel MCKIP Industri ByPass Gebeng.
Itu pun sepatutnya dinamakan Kluster MCKIP, kerana kes positif yang berlaku memanglah di hostel namun pekerja terbabit pergi ke kilang menaiki bas kemudian bekerja dan bercampur gaul di kawasan kilang. Lagi pun hostel kilang itu juga terletak dalam kawasan temboh besar MCKIP itu sendiri sebenarnya. Mungkin ia diubah nama agar kilang terus beroperasi
3.BENARKAN PEKERJA TEMPATAN ULANG ALIK DARI RUMAH
Asalnya MCKIP mewajibkan pekerja tempatan tinggal di hostel kerana bimbang kes Covid-19 dari luar masuk ke dalam. Namun, kini terbukti kes positif kini merebak dari dalam, akibat pematuhan SOP yang longgar.
Malah, seramai 1,300 pekerja tempatan yang majoritinya Melayu telah dihantar ke pusat-pusat kuarantin di Kuantan, Temerloh, Bentong dan Muadzam Shah. Mereka dikuarantin selama 14 hari dan dijangka tamat pada 20 dan 23 Julai 2021 ini.
Memandangkan kes positif yang melanda kilang terbabit kian meningkat maka itu kami merayu agar pekerja tempatan dibenarkan berulang alik bekerja dari rumah masing-masing di sekitar kawasan Kuantan.
Tambahan pula mereka turut bimbang, gejala akan merebak apabila mereka kembali ke hostel dan bercampur dengan pekerja warga asing yang dilihat gagal mematuhi SOP Covid-19 walau pun kawasan hostel dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Pekerja asing bebas bergerak ke sana ke sini dalam kawasan kilang dan hostel tanpa memakai pelitup muka dan scan suhu seperti kebiasaannya.
Jika pekerja tempatan kembali bekerja dan diarahkan tinggal di hostel, maka apa guna mereka dikuarantin selama 14 hari seperti sekarang?.
Dalam kawasan kilang juga ada warga China yang dikuarantin tapi mereka tidak mengikut arahan sebaliknya bebas bergerak dalam kilang. Ini yang membimbangkan.
Justeru, memandangkan kilang Alliance Steel (M) Sdn Bhd masih terus beroperasi seperti biasa, adalah lebih wajar kebenaran ulang alik dari rumah diberikan oleh pihak majikan. Sekurang-kurangkan mereka tidak bekerja dalam tekanan dan trauma akibat penularan virus Covid-19 yang masih berlaku walau pun cuba disembunyikan dari pengetahuan umum sebelum ini.
Pada 2020, seramai 27 orang pekerja sebuah kilang terbabit pernah membuat laporan polis kerana diarah bekerja dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(PKP). Laporan itu dibuat bagi mendapatkan pembelaan serta pengesahan adakah mereka akan diberikan jaminan keselamatan sekiranya terus berada dalam persekitaran pekerjaan yang turut mempunyai warga China
4.FASA 2 PPN: PJJ DIBENARKAN RENTAS DAERAH, NEGERI
Kerajaan sendiri memberi kebenaran merentas negeri dan daerah bagi pasangan jarak jauh (PJJ) pada Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) hanya untuk kes kecemasan dan keperluan khas.
Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada awal Julai lalu. Namun ia bagaimanapun masih tertakluk kepada kebenaran yang perlu dipohon daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Kebenaran atas kes kecemasan misalnya isteri hendak melahirkan atau mempunyai anak yang masih bayi jadi perlukan suami untuk hadir bersama kerana anak tidak sihat dan sebagainya, itu kerajaan benarkan.
Namun anehnya kilang MCKIP Gebeng sudah hampir dua bulan tidak membenarkan pekerja tempatan untuk bertemu dengan pasangan dan ahli keluarga mereka. Ini amatlah zalim kerana ia memisahkan institusi kekeluargaan dan boleh mendera mental dan fizikal pekerja terbabit.
Justeru, pihak kerajaan haruslah mengambil perhatian atas perkara ini dengan memberi nasihat dan teguran agar pihak pengurusan kilang terbabit memahami budaya masyarakat tempatan, malah memutuskan hubungan keluarga juga salah dari sudut agama Islam itu sendiri.
Jalan terbaik ialah benarkan pekerja tempatan bekerja seperti biasa iaitu berulang alik dari rumah masing-masing, agar mereka boleh kembali menjalani kehidupan bersama keluarga yang sudah lama ditinggalkan.
5.STATUS PEKERJA CUTI TANPA GAJI MENGELIRUKAN
Akibat tidak mahu tinggal secara paksa di hostel kilang MCKIP, maka ramai pekerja tempatan yang diarahkan cuti tanpa gaji sekarang ini. Namun anehnya, sehingga sekarang mereka masih belum dipanggil untuk menyambung kerja seperti biasa, walau pun sanggup tinggal di hostel.
Nasib mereka umpama “digantung tidak bertali”. Mereka tidak tahu status pekerjaan mereka sama ada sudah diberhentikan atau masih bekerja. Mahu kerja ditempat lain, peluang agak tipis kerana musim Covid-19 ini. Mungkin juga takut tiba-tiba dipanggil bekerja semula. Akhirnya sebahagian besar daripada mereka menunggu dan terus menunggu.
Hampir 1,000 pekerja diberhentikan dengan notis 24 jam antara 21 dan 30 Mei tahun lalu. Ini memaksa mereka membuat aduan di Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Kuantan. Tindakan berhenti kerja dengan notis pendek tidak menetapi kontrak yang mana sekurang-kurangnya dimaklumkan dalam tempoh sebulan. Malah ada yang diberhentikan tanpa pampasan.
6.CUTI TAHUNAN DAN KECEMASAN DITOLAK ELAUN
Cuti tahunan adalah hak pekerja seperti termaktub dibawah Akta Kerja 1955. Mereka yang layak mendapat cuti dan sudah bekerja melebihi tempoh yang ditetapkan sepatutnya layak. Namun kilang MCKIP tidak berbuat demikian. Begitu juga cuti kecemasan, elaun minyak dan makan akan ditolak dengan sewenang-wenangnya.
Ini amat mengecewakan sebahagian besar pekerja tempatan. Hak mereka dinafikan dan mereka tiada tempat mengadu. Malahan lebih teruk lagi bagi pekerja yang mengambil cuti tahunan, elaun minyak dan elaun kedatangan mereka akan ditolak ratusan ringgit.
7.TIDAK BENARKAN PENUBUHAN KESATUAN SEKERJA
Kilang MCKIP menghalang penubuhan kesatuan sekerja bagi menjaga kebajikan pekerja tempatan. Malah mereka yang bangkit bersuara untuk mempertahan dan menganggat hak pekerja akan diambil tindakan, diberi amaran termasuk dipecat. Inilah yang menjadi masalah dan para pekerja tiada tempat untuk mengadu.
Aduan dibuat ke jabatan berkaitan senyap begitu sahaja. Malahan lebih teruk lagi kes mahkamah berakhir dengan tiada pihak menang dan kalah (kedudukan seri). Ia membuktikan MCKIP terlalu kuat dan berkuasa menindas pekerja tempatan di kilang terbabit.
8.PECAT PEKERJA TEMPATAN BAWA MASUK PEKERJA ASING
Modus operandi kilang MCKIP jelas sekali bertujuan untuk membuang pekerja tempatan sebenarnya. Bermula dengan 3,000 hingga 4,000 pekerja tempatan, kini jumlahnya semakin berkurangan setiap tahun.
MCKIP membawa masuk pekerja asing terutamanya dari negara China dan Bangladesh sebagai ganti. Maka itulah mereka laksanakan peraturan sendiri dan tidak menjaga kebajikan pekerja tempatan. Aduan demi aduan yang dibuat ditutup rapat-rapat agar tiada siapa yang tahu terutamannya pihak kerajaan Malaysia khasnya dan Kerajaan Negeri Pahang amnya.
Yang Amat Berhormat Tan Sri,
Sebenarnya ada banyak lagi isu yang membelenggu pekerja tempatan di kilang MCKIP Gebeng ini. Namun cukuplah sekadar itu dahulu untuk kali ini. Moga dengan ini kerajaan dapat melakukan sesuatu demi mempertahankan hak pekerja tempatan yang tidak dibela hingga ke hari ini. Hak mereka dinafikan.
Pada tahun lepas, Kerajaan Negeri Pahang sudah mengambil iniseatif untuk menangani isu yang sama sebenarnya. Walau pun ia selesai, namaun ramai pekerja yang memertikaikan janji pampasan yang dibuat. Paling meyedihkan ada yang tidak menerima pampasan hingga ke hari ini dan ada pekerja tetap hanya menerima pampasan sebulan gaji akibat diberhentikan oleh kilang terbabit.
Dengan bantuan kerajaan negeri, kes dilihat selesai seketika. Namun tahun ini ia kembali berulang dan akan terus berlaku kiranya tiada tindakan tegas daripada pihak kerajaan untuk memantau perkara ini.
Mereka gagal untuk memahami adat resam dan budaya negara kita. Mereka menganggap MCKIP adalah wilayah mereka, walhal ia masih berada dalam negara Malaysia yang berdaulat ini. Mereka perlu menghormati rakyat kita. Biar pun kerajaan mendapat hasil cukai yang tinggi dengan adanya MCKIP, namun usah dinafikan kebajikan dan hak pekerja tempatan. Apa guna kita mendapat cukai tinggi, tapi sebaliknya rakyat negara kita sendiri didera sedemikian rupa. Kepada siapa lagi mereka hendak mengadu?.
Dapatkan Attachment PDF Surat Terbuka, Sila Klik DI SINI
Semoga Yang Amat Berhormat Tan Sri memahami denyut nadi dan suara rakyat marhaen ini. Bantulah mereka kerana ini negara kita. Sokongan dan perhatian daripada kerajaan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga. Ingatlah, “Suara Rakyat Suara Keramat”.
Wakil Rakyat Marhaen,
MOHD SHUKRI B MOHD
RAMLI @ JAMALUDDIN
Penyelaras NGO ANGKARA
[ Angkatan Pembela Rakyat ]
Perhatian dan salinan kepada:-
oDATO’ SRI WAN ROSDY WAN ISMAIL
Menteri Besar Pahang
oDATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB
Timbalan Perdana Menteri Malaysia
oDATUK SERI MOHAMED AZMIN ALI
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa Dan Industri