"ANGKARA DEDAH, ANGKARA TERJAH ... BILA SEMUA BUAT TAK KISAH !!. CAKNA DEMI RAKYAT"

Kluster "Bali" Di Kuantan, KKM Di Minta Nyatakan Lokasi Sebenar Dengan Jelas


Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada 13 April 2020 mendakwa KKM mengenal pasti dua subkluster COVID-19 saling berkaitan di Kuantan hasil aktiviti tertumpu yang telah dijalankan melalui pengesanan, penyaringan dan ujian ke atas kumpulan sasar yang berisiko tinggi

Di fahamkan kluster individu dalam siasatan (PUI) Bali di Kuantan adalah satu kluster yang melibatkan golongan pesakit dan beberapa anggota kesihatan dari sebuah pusat perubatan di Kuantan.


Ujarnya, sehingga hari tersebut, 20 orang telah dikenal pasti di dalam kluster ini, iaitu 14 orang sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Pahang; dua orang telah sembuh; tiga orang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) manakala seorang telah meninggal dunia iaitu kes ke-1,575.

"Kes indeks iaitu kes ke-4,684 bagi kluster ini mempunyai sejarah perjalanan ke Bali, Indonesia.
"Beliau kemudiannya mempunyai kontak rapat dengan kes ke-1,575 iaitu abang kepada kes indeks. Kes ke-1,575 kemudiannya telah menjangkiti tujuh kes generasi kedua dan 11 kes generasi ketiga.

"Terdapat 339 kontak rapat telah dikenal pasti dan ujian saringan COVID-19 telah dijalankan, termasuk 202 anggota kesihatan," katanya.

Malah, ujarnya daripada keseluruhan jumlah tersebut, terdapat tiga anggota kesihatan yang terlibat dalam kluster ini.


Kenyataan ini telah menyebabkan warga Kuantan menjadi cemas dan panik. Mereka tertanya-tanya kluster Bali ini berlaku di pusat perubatan mana? Mereka takut ada kontak rapat dengan ahli keluarga yang berkerja atau berkunjung ke lokasi terbabit. Hanya yang dimalumkan "sebuah pusat perubatan" tapi di mana. apa nama. dan lokasinya ?

Hingga ke hari KKM masih tidak mengumumkan lokasi sebenar berlaku kluster Bali ini. Jika sebelum ini ada berlaku kes positif Covid-19 yang melibatkan seorang penumpang bas ekspress dari Johor Bahru ke Kuantan, pihak KKM telah membuat proses sanitasi terhadap bas syarikat terbabit dan juga di Terminal Sentral Kuantan (TSK) 



Malah merayu agar penumpang bas terbabit membuat ujian saringan Covid-19 dengan segera. Namun bagi kes kluster Bali, semua ini tidak jelas. KKM tidak menyatakan individu yang ke Bali menaiki bas, kapal terbang atau travel agency mana?. Kita takut ada yang turut sama dalam rombonan ke Bali itu dan masih bebas sekarang ini. 



Malah, mungkin juga mereka yang merupakan kontak rapat dengan pihak terbabit. 



Justeru, KKM sepatutnya memaklumkan secara spesifik lokasi kes berkenaan. Sama kes dengan lokasi yang lain, semua dinyatakan lokasina dengan jelas agar orang ramai sedia maklum dan berhati-hati.

Malah, pihak Istana Negera sendiri juga memaklumkan premis mereka ada kes Covid-19. Kenapa untuk kes kuster Bali hanya dilaporkan staff kesihatan semata-mata tetapi tidak dinyatakan pusat perubatan atau lokasi mana?. 

Sebelum ini dinayatakan dengan jelas kejadian berlaku di lokasi berkenaan. Malah KKM siap nyatakan statstik hospital yang terbabit seeprti laporan Harian Metro berkaitan 80 anggota kesihatan positif Covid-19. Ia sekurang-kurangnya mengelakkan kekeliruan dan fitnah yang ditimbulkan oleh orang ramai di media sosial. 


Persoalannya kenapa untuk kali ini tidak dinyatakan dengan jelas? Apakah ia melbatkan petugas di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) atau di mana?. Inilah yang kita perlu tahu sebenarnya. Contoh laporan ini  Kakitangan HTF positif Covid-19, makanya kita boleh tahu ia berlaku di Hospital Tunku Fauziah. 


Ia juga bagi mengelakkan orang ramai yang mempunyai hubungan rapat dengan pihak berkenaan dapat lebih berhati-hati demi keselematan diri mereka. Pada masa ini warga Kuantan tertanya-tanya di manakah lokasi sebenar kluster Bali yang dinyatakan. #ANGKARA