"ANGKARA DEDAH, ANGKARA TERJAH ... BILA SEMUA BUAT TAK KISAH !!. CAKNA DEMI RAKYAT"

Adakah Jabatan Hutan Ada 'Kreadibiliti' Untuk Siasat 'Isu Pembalakan', Namun Badan Bebas Perlu Ambil Alih Tugas Ini

 

Saya melihat dimana-mana saja ada kes terkait dengan isu pembalakan di negara ini, pastinya kerajaan negeri akan dakwa mereka menunggu laporan jabatan hutan negeri masing-masing.l.

Baik kejadian yang berlaku negeri Kedah (PAS), N.Sembilan (PKR), Pahang (UMNO), Kelantan (PAS) dan terkini Terengganu (PAS). Maknaya, tidak kiralah pihak mana jadi kerajaan, pastinya mereka amat bergantung kepada laporan oleh jabatan hutan ini. Soalnya, apakah jabatan ini ada kreadibiliti untuk siiasat secara telus dan adil berkaitan dengan isu-isu pembalakan?

Tiba masanya kerajaan pusat menubuhkan satu badan bebas untuk mengambil alih tugas ini. Rakyat marhaen kini sudah tidak nampak, jabatan hutan itu adalah agensi kerajaan yang profesional untuk menyiasat isu pembalakan.

Ini kerana, banyak benda yang boleh dipertikai dan banyak aduan serta laporan tentang ketirisan yang berlaku dalam jabatan ini sebenarnya. Dari pegawai atasan hinggalah yang paling bawah sekali. Biasanya rakyat akan tahu adengan ini selepas pegawai yang berkenaan bersara dan mula berulang alik ke surau masjid dan berbicara soal keinsafan.

Mereka akan dedah segalanya bagaimana ketirisan beraku dikalangan pegawai yang berkenaan. Sebab itulah pencerobohan hutan sering berlaku disana sini tanpa henti, semua kerana ada pengaruh 'orang dalam'. Malah jika dilihat kepada penguatkuasa, ia hanya dibuat selepas beribu-ribu ekar balak ditebang dan diceroboh. Tiada siapa berani bersuara termasuk pemimpin setempat, walhal lori balak bawa keluar kayu ikut jalan kampung.

Masing-masing sudah ada bahagian untuk 'tutup mulut'. Bila tinggal beberapa batang balak lagi, barulah operasi dibuat dan kayu dirampas. Tangkapan dilakukan, tapi biasanya pihak terbabit terlepas. Jika ada pun beberapa orang kuli warga asing ditangkap untuk didakwa. Jentera yant dirampas, sekejap ada kemudian hilang ikut pintu belakang. Ada siapa a0plpernah dengan tauke balak yang bawa keluar kayu-kayu balak haram ditangkap? Walhal ada jentera, sudah pasti boleh siasat dari kilang papan (sawmill) mana. Pernah ia dilakukan?

Balak yang dirampas kemudian di lelong oleh jabatan hutan, dan yang beli ialah tauke-tauke yang menceroboh kawasan terbabit. Bijak idea mereka mempermainkan mata rakyat. Orang dalam jangan cakap banyaklah, pasti habuan masing-masing menunggu, dengan syarat ia jangan diganggu ketika awal2  pencerobohan berlaku. Hanya buat operasi selepas 'lampu hijau' diterima, maknanya KPI sudah berjaya.

Banyak lagi info yang saya tahu sebab ramai  pengawas hutan, renjer hutan, incas, pelukis pelan yang sudah bersara adalah kawan saya. Mereka banyak wang dan harta, tapi hidup tak senang selepas bersara. Mungkin kerana ia diperolehi secara 'tidak berkat' penuh 'rasuah'. Mereka dakwa, ketika bertugas 'halal haram' bukan halangan untuk terima imbuhan, asalkan kerja jalan. Jika mereka tidak mahu ambil, akan terima tekanan pula daripada orang atasan.

Maka itu saya langsung tidak yakin dengan siasatan jabatan hutan terhadap isu-isu terkait dengan pembalakan di negara ini. Mana mungkin mereka akan siasat kesalahan yang dilakukan oleh jabatan sendiri. Tidak ada dalam kamus mereka 'membuka pekong' sendiri. Sebab itulah kita tidka hairan, bukti macam mana pun didedahkan oleh rakyat marhaen, pasti akan dinafikan dengan begitu profesional oleh pihak terbabit. Maklumlah itu bidang kuasanya. Rakyat terus diperbodohkan.

Kerajaan negeri pun memang seronok dengan jawapan NAFI, sebab biasanya yang terlibat adalah proksi dan kroni mereka sendirikan. Maka, tibalah masanya sebuah badan bebas dan berkecuali diberi tanggungjawab untuk menyiasat isu-isu berkaitan pembalakan. Jika tidak, sampai bila-bila pun rakyat marhaen akan terus dipermainkan oleh pihak terbabit.


Suara Rakyat Marhaen,

MOHD SHUKRI B MOHD

RAMLI @ JAMALUDDIN

[ Blogger Cucumatkilau ]

https://cucumatkilau.blogspot.com