"ANGKARA DEDAH, ANGKARA TERJAH ... BILA SEMUA BUAT TAK KISAH !!. CAKNA DEMI RAKYAT"

Usul Supaya PM Interim Di Lantik Bukan Dari Kalangan DNA UMNO, Beri Ruang Islam Pula Memimpin !

 

Oleh kerana pemimpin dan mantan pemimpin UMNO sebenarnya yang berebut nak jadi PM dalam senario politik negara kita sekarang, maka apa kata kali ini kita cuba pula pemimpin parti Islam jadi PM  dan memimpin negara ini hinggah habis penggal, parlimen dibubarkan.

Dalam perebutan kuasa untuk jawatan Perdana Menteri sekarang ini, Nama-nama seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim (TPM zaman Mahathir), Tan Sri Muhyiddin Yassin (PM, TPM Zaman Najib), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (TPM Zaman Muhyiddin), Datuk Seri Najib Tun Razak (TPM Zmn Mahathir), Datuk Seri Zahid Hamid (TPM Zaman Najib) dan Tun Mahathir (PM, TPM pada Zaman Tun Hussein Onn) adalah dari DNA UMNO biar pun mereka kini ada yang sudah tidak bersama parti itu lagi sebenarnya.

Politik negara kita terus jadi carca merba dan masih bercelaru, makanya sesiapa saja yang diangkat jadi PM pasti akan ada yang tidak puas hati dikalangan mereka dan akan terus bangkit memberontak. Maka saya rasa elok kita cuba pula Perdana Menteri Interim daripada kalangan pemimpin PAS pula, sebab PAS juga ada calon-calon yang layak dan berwibawa seperti Datuk Seri Haji Abd Hadi Awang atau Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man serta ramai lagi. Mana tahu ada juga keberkatan, apabila disokong dek para ulamak yang mahukan Islam tertegak di bumi Malaysia tercinta ini. 

Nak kata salah atau silap, adatlah. Kita manusia tak akan lari daripada melakukan kesilapan. Namun, diketika musim Covid-19 ini apakata jika kita kembalikan kuasa dan tampuk pemerintahan kepada yang faham Islam pula. Kita dah cuba lama PM dari DNA UMNO... DNA DAP kita tak nak dan takut, maka cuba pulak DNA PAS. Islam pasti boleh. 

Zaman dulu mungkin kita boleh akur dengan DNA dari UMNO sebab parti keramat orang Melayu itu tidak pernah tumbang 13 kali penggal pilihan raya umum. Namun selepas PRU14, parti ini sudah tidak sehebat dulu lagi. Disnati UMNO sudah hilang  taringnya dan kini berkecamuk sesama sendiri untuk merebut sedikit kuasa yang ditinggalkan, jika Muhyiddin meletak jawatannya hari ini. 

Roh perjuangan Islam dan Melayu sudah hilang sedikit demi sedikit. Semuanya kerana terlalu lama berkuasa dan guna wang ringgit untuk memenangi hati rakyat marhaen. Jika tidak dibayar, tak buat kerja dan tak undi. Bila ada wang baru buat tindakan. Hinggalah dapat kuasa, projek dan kemewahan akan jadi habuan kepada kroni, proksi dan pemimpin yang dipilih oleh rakyat.

Pemimpin kaya raya mewah tapi rakyat marhaen terus merempat di bumi sendiri. Maka, hari ini kita kena ubah dan berikan jawatan PM itu kepada pemimpin yang ada sirah perjuangan Islam dalam jiwa-jiwa mereka. 

Dalam PAS memang ada yang buat salah sikit-sikit itu normal dan boleh diperbetulkan selagi akidah mereka berpaksikan syariat Islam. Namun selagi kita tidak mencuba selagi itulah hanya DNA UMNO akan terus berkuasa selama-lamanya. 

Minda kita kena diubah, kena kembali kepada Islam untuk keluar dari bala bencana, musibah yang melanda. Bila dua puak orang Islam bertelagah maka kembalilah kepada Al-Quran.

Bila kuasa politik Melayu berbalah sesama sendiri yang semuanya dari kalangan DNA UMNO maka itu marilah kita berikan pula kepada Islam untuk memimpin. Saya yakin rahmat Allah pasti akan datang dan keluarkan negara kita dari kemelut dan musibah Covid-19 yang terus melanda sekarang ini.

Saya bukan ahli PAS, cuma sekadar pandangan peribadi semata-sama, sebab saya lihat tukarlah sesiapa pun selagi mereka dari DNA UMNO pastilah negara akan terus terjerumus ke dalam konflik politik yang berpanjangan.

Lagi pun, diakhir zaman ini semua DNA UMNO yang tubuhkan parti baharu tetap akan  ada yang melompat. Tapi pemimpin PAS sampai sekarang kekal dan masih terus istiqomah dengan perjuangan mereka sehingga ke hari ini.

Pilihan kini boleh dibuat oleh Yang Dipertuan Agong untuk melantik mana-mana wakil rakyat yang difikirkan sesuai menjadi Perdana Menteri dalam sebuah kerajaan interim sementara meninggu habis penggal untuk parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada PRU-15.

Anwar permah bersama PAS (Pakatan Rakyat), Lim Guang Eng pernah bersama PAS (Pakatan Rakyat), Najib dan Zahid permah bersama PAS (Muafakat Nasional), Muhyiddin, Ismail Sabri bersama PAS (Perikatan Nasional). Makanya semua parti yang ada majoriti terbesar pernah bersama PAS. Tidak salah untuk kita mencuba kepimpinan Islam pula berada ditampuk kuasa sebagai Perdana Menteri sehingga parlimen di bubarkan dan pilihan raya umum itu diadakan. 

Apa kata kita cuba hingga habis penggal Ini jer sebagai Perdana Menteri Interim. Insya Allah, dah lebih 60 tahun kita dipimpin DNA UMNO. Takkan nak cuba DNA PAS kita rasa takut kot.  Sekadar pandangan yang mungkin tidak akan menjadi kenyataan. Apapun salam perjuangan.

MOHD SHUKRI B MOHD

RAMLI @ JAMALUDDIN

Freedom Activist /Journalist

www.youtube.com/cmktvchannel

www.cucumatkilau.blogspot.com


#IslamPerluMemimpin

#caknademirakyat

#suararakyatsuarakeramat