"ANGKARA DEDAH, ANGKARA TERJAH ... BILA SEMUA BUAT TAK KISAH !!. CAKNA DEMI RAKYAT"

Prasarana Sahkan Berlakunya Insiden Kemalangan LRT Laluan Kelana Jaya Berhampiran Dengan Stesyen KLCC !

   

PETALING JAYA - Beberapa penumpang perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dipercayai cedera selepas insiden melibatkan dua tren di Stesen KLCC dari arah Kampung Baru malam tadi.

Prasarana Malaysia Bhd. (Prasarana) dalam satu kenyataan berkata, insiden itu melibatkan tren bernombor 40 dan 81.

Sekurang-kurangnya lima penumpang cedera dalam kemalangan membabitkan dua tren transit aliran ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya malam ini.

“Pasukan kami sedang menguruskan bantuan dan kerja-kerja menyelamat sekarang. Sila bertenang dan patuhi segala arahan.

“Kami memohon maaf atas segala kebimbangan dan kerisauan. Pihak kami sedang berusaha secepat mungkin untuk memberi bantuan dan mengawal keadaan,” kata kenyataan itu.

Berdasarkan gambar yang viral, dilihat tidak kurang lima penumpang pengangkutan awam itu cedera dengan keadaan dalam gerabak yang berselerak dan dipenuhi darah di lantai dan sisi gerabak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, maklumat awal mendapati kejadian itu dipercayai berlaku akibat brek mengejut.

“Bukan berlanggar jadi yang tak pegang terjatuh. Bagaimanapun maklumat lengkap akan dikeluarkan dalam masa terdekat ini,” katanya.

Terdahulu, tular video menunjukkan keadaan panik melibatkan penumpang dalam sebuah tren.

Malah, terlihat beberapa individu dalam keadaan cedera akibat insiden tersebut. #sumber