"ANGKARA DEDAH, ANGKARA TERJAH ... BILA SEMUA BUAT TAK KISAH !!. CAKNA DEMI RAKYAT"

Paling Tinggi, Sebanyak 9,020 Kes Baharu Covid-19 Di Rekodkan Hari Ini

  

PUTRAJAYA - Sebanyak 9,020 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini sekaligus menjadi yang tertinggi, pernah dilaporkan sejak penularan virus berkenaan di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes tertinggi dilaporkan di Selangor dengan 2,839 kes diikuti Kelantan (907); Negeri Sembilan (898) dan Kuala Lumpur (789).

Semua negeri mencatatkan pertambahan kes hari ini dan Labuan menunjukkan peningkatan mendadak, iaitu sebanyak 253 kes, berbanding semalam hanya enam kes," katanya dalam Facebook, di sini hari ini. #sumber