"ANGKARA DEDAH, ANGKARA TERJAH ... BILA SEMUA BUAT TAK KISAH !!. CAKNA DEMI RAKYAT"

Banjir Kilat Di Flyover Widad, Kerajaan Di Gesa Naik Taraf Sistem Perparitan Dan Pembentungan

 

Petang tadi saya luangkan masa kira-kira hampir tiga jam membuat edisi terjah dan melihat dari dekat isu sebenarnya yang menyebabkan sering berlaku banjir kilat di kawasan flyover Widad (Kolej Universiti Widad) di Bandar Indera Mahkota Kuantan selama ini.

Hari ini saja dua kali banjir terjadi akibat hujan lebat. Lokasi ini sudah beberapa kali diterjah, namun tiada tindakan drastik yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengatasi isu yang berlarutan sejak sekian lamanya ini.

Justeru saya membawa usul (dengan izin) supaya beberapa perkara diberi perhatian :

(1). Longkang sempit dan perlu di besar serta didalamkan, agar air boleh mengalir dengan baik untuk ke saluran utama. 

(2). Sampah sarap yang tidak diselenggara dengan baik menyebabkan laluan air jadi tersekat dan ia melimpah keluar apabila  berlaku hujan lebar berterusan.

(3). Sistem perparitan dan pembentungan perlulah dinaiktaraf agar dapat memudahkan aliran air lebih sistematik dan efisyen.

Lokasi ini tidak perlu diletakkan 'pancang kayu' aras banjir kerana ia bukan kawasan banjir utama seperti jalanraya di tebing sungai. Isu banjir timbul akibat sikap tidak cakna apa yang didedahkan ini sebenarnya. 

Saya ada membuat rakaman live FB bagi membuktikan dakwaan  berfakta ini. Sampai bila laluan ini perlu berhadapan dengan  isu "banjir kilat"?. Setiap kali hujan lebat pasti air naik dan menutup jalan. Ini menyusahkan orang ramai yang lalu lalang di sini. 

Justeru, saya menggesa agar pihak berwajib dapat menaiktaraf segala usul yg dinyatakan ini agar memberi keselesaan kepada semua pihak terutamanya pengguna jalanraya yang melalui jalan ini.

Jika tidak diperbetulkan, nescaya isu banjir kilat ini tidak akan ada kesudahannya kelak. Kuantan sudah bertaraf 'bandaraya' , maka masalah sistem perparitan dan pembetungan ini sepatutnya dinaiktaraf sejajar dengan hasrat jadikan 'Kuantan Bandaraya Lestari'. 

Video Terjah : https://www.facebook.com/shukrieramly/videos/1571999463191068/

FOLLOW, SUBSCRIBE CMK CHANNEL

https://www.youtube.com/c/CMKTV1