"ANGKARA DEDAH, ANGKARA TERJAH ... BILA SEMUA BUAT TAK KISAH !!. CAKNA DEMI RAKYAT"

Cadangan Teknologi CBH Ganti Kaedah Cuci Bauksit Sesuai Dijadikan Draf SOP


Teknologi Contaianerised Bulk Handling (CBH) dilihat satu alternatif terbaik untuk membolehkan orang ramai yakin dengan tahap keberkesanan SOP bauksit di sini.

Tidak dapat disangkal lagi. biar pun SOP telah dibentangkan oleh pihak kerajaan sebelum ini namun caranya tetap sama iaitu bauksit diangkut dengan lori yang ditutup seperti keranda ketika dibawa ke pelabuhan. Risikonya tetap sama dan pasti menggusarkan penduduk setenpat.

Justeru, Kementerian Air, Tanah, dan Sumber Asli (KATS) wajar memasukkan perkara ini ke dalam draf Prosedur Operasi Standard (SOP) Aktiviti Perlombongan dan Pengeksportan Bauksit Negeri Pahang  sebelum ianya diwartakan tidak lama lagi. 

Saya amat yakin dengan teknologi CBH dan ia telah digunakan oleh beberapa buah negara maju sebelum ini. 




Saya melihat dari sudut alam sekitar dan keyakinan orang ramai, kerana kaedah yang digunakan ini lebih jelas dan terbaik sebenarnya. Berbeza dengan kaedah lain yang masih menggunakan kaedah yang sama dan boleh mendatangkan risiko yang sama apabila aktiviti perlombongan bauksit bermula kelak. Ia pasti  menimbulkan kemarahan lagi kepada orang ramai.

Justeru  saya bersedia bertemu dengan pihak Kementerian Air, Tanah, dan Sumber Asli (KATS) untuk mencadangkan agar perkara ini masukkan ke dalam draf  SOP bauksit yang akan diwartakan nanti. 

https://www.greenport.com/news101/Products-and-Services/argentina-cleans-up-bulk-handling

Demi keselematan, kebersihan dan kelestarian bandar Kuantan ini sendiri maka saya berharap agar perkara ini dapat diberi perhatian sewajarnya oleh pihak kerajaan. Ini bukan sekadar cadangan biasa, tetapi ia turut akan memastikan pendapatan yang lebih baik kepada pihak kerajaan sekiranya ia dilaksanakan kelak, berbeza dengan kaedah mencuci seperti yang dicadangkan sebelum ini.

MOHD SHUKRI MOHD RAMLI
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat 
[ A N G K A R A ]