"ANGKARA DEDAH, ANGKARA TERJAH ... BILA SEMUA BUAT TAK KISAH !!. CAKNA DEMI RAKYAT"

Bauksit: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Perlu Dengar Rintihan Peneroka Terlibat


Sebahagian besar peneroka Felda Bukit Goh yang terlibat dengan perlombongan baukist di sini, merayu pihak Kerajaan Pakatan Harapan (PH) agar mendengar rintihan dan tagisan mereka terutamanya menjelang ketibaan perayaan Aidil Fitri tidak lama lagi. 

Felda Bukit Goh merupakan salah satu lokasi utama untuk perlombongan bauksit dan menyaksikan perubahannya kepada "zon merah" akibat debu bauksit satu ketika dulu. Malah difahamkan terdapat 671 peneroka di kawasan itu, dan 248 orang telah memajak tanah mereka dan kira-kira 150 lagi tanah mereka telah diratakan sebelum ini.

Kerajaan perlu mengambil kira berbagai masalah yang dihadapi oleh para peneroka terlibat.

Syawal menjelang tiba, peneroka yang sudah membuat perjanjian dengan pihak kontraktor amat menantikan bayaran deposit untuk persediaaan menjelang raya nanti. Namun, pihak kontraktor terpaksa akur dengan  Prosedur Operasi Standard (SOP) Aktiviti Perlombongan dan Pengeksportan Bauksit Negeri Pahang  yang masih belum diwartakan lagi dan tidak berani untuk mengeluarkan wang sewenangnya untuk diberikan kepada peneroka.

Akibatnya, peneroka tersepit. Sudahlah ladang mereka sudah tidak mengeluarkan hasil lagi. Hingga ada diantara mereka kini terpaksa bergantung harapan kepada anak-anak dan saudara mara untuk membantu. Mereka bukan bersalah dalam hal ini, tapi nasib mereka kini terumbang ambing.. Menunggu dan terus menunggu selepas moratorium ditamatkan awal April lalu, hingga kini masih tidak nampak lagi jalan untuk aktiviti perlombongan bauksit dimulakan semula.

Saya amatlah beliau berharap kerajaan dapat mempercepatkan proses penyediaan SOP untuk membolehkan aktiviti bauksit beroperrasi semula dengan pemantauan yang cukup rapi oleh pihak berkuasa.

Zaman alam sekitar rosak dan tercemar hingga menimbulkan kemarahan penduduk telah berlalu. Kini ada SOP yang akan digunakan sebagai penanda aras operasi selanjutnya. Maka, saya melihat tidak ada masalah untuk aktiviti tersebut diteruskan semula. Mereka yang gagal mematuhi SOP, kerajaan boleh ambil tindakan tegas termasuk menamatkan lesen perlombongan (ML) kontraktor terbabit.

Saya juga menzahirkan rasa simpati kepada sebahagian besar peneroka Felda Bukit Goh yang kini merintih dalam tangisan serta mengharapkan bantuan daripada pihak kerajaan.

Benar, ada kontraktor yang menjanjikan sedikit imbuhan sebelum Ramadan lalu namun ia terencat kerana tidak ada kata putus tentang aktiviti ini akan diteruskan bila dan berbagai perkara berbangkit yang dilihat boleh menimbulkan masalah kepada kontraktor kiranya mereka mendahulukan wang mereka.


MOHD SHUKRI MOHD RAMLI
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat 
[ A N G K A R A ]