"ANGKARA DEDAH, ANGKARA TERJAH ... BILA SEMUA BUAT TAK KISAH !!. CAKNA DEMI RAKYAT"

PTPTN: Penagih Dadah 'Lebih Untung' Dari Mahasiwa Universiti Di Negara Ini


KUANTAN - Setiap tahun kerajaan Malaysia telah  menghabiskan ratusan juta ringgit untuk menanggung penagih dadah di negara ini, kini tiba masanya kerajaan menanggung pula kos kehidupan mahasiswa universiti.

Demikian ditegaskan oleh Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shukri Mohd Ramli kepada PDO hari ini.

Katanya, isu ini mungkin tidak disedari oleh sebahagian besar rakyat namun sebagai NGO yang sering memperjuangkan isu-isu rakyat beliau sudah lama menyedari perkara ini.

"Bayangkan kerajaan terpaksa belanjakan  RM19.77 hingga RM35 sehari atau RM592.10  hingga RM1,050 sebulan untuk membiayai makan minum, emolumen kakitangan dan perkhidmatan serta bekalan untuk seorang penghuni puspen di negara ini. Jumlah itu jika diambilkira jumlah paling minima RM500 sebulan, maka untuk seorang pelatih kerajaan memperuntukkan RM6,000 setahun. Bayangkan jika dikira jumlah RM1,000 sebulan, banyak mana wang kerajaan belanjakan wang untuk penagih dadah selama ini?", kata Shukri.



Sila klik di sini untuk membaca laporan penuh artikel di atas

Tambahnya, ini bermakna jika seorang pelatih berada di puspen selama 3 tahun maka kerajaan terpaksa perbelanjaan mereka paling minima sebanyak RM18,000 (kiraaan minima RM500 sebulan). Bukankah ini sesuatu yang cukup menakjubkan bukan?.

"Bila pelatih keluar, ramai yang ditangkap dan masuk semula ke dalam puspen dan sambung lagu setahun atau dua tahun di situ.. kerajaan tanggung lagu RM6,000 hingga RM12,000. Maknanya kiraan mata kasar saya, seorang pelatih telah diperuntukkan hingga RM40,000 semata-mata untuk menanggung mereka". katanya.

Soalnya sekarang, apa yang pelatih berikan kepada negara dari sudut pembangunan dan ekonomi?. Bahkan mereka tidak perlu  membayar walau satu sen pun wang yang digunakan itu. Malah. sebahagian daripada pelatih kembali menagih dan akhirnya mati begitu sahaja tanpa memberikan input kepada negara.

Kerajaan membelanjakan RM778.5 juta untuk kos merawat penagih dadah di 57 buay pusat pemulihan di seluruh negara dari tahun 2011 hingga 2016, iaitu untuk tempoh 5 tahun sahaja. Ini bermakna dalam tempoh 10 tahun kosnya mencecah ke angka bilion ringgit sebenarnya.

Sila klik di sini untuk membaca laporan penuh artikel di atas

Justeru kata Shukri, tiba masanya kerajaan memikirkan satu langkah terbaik untuk menanggung pula  pelajar di pusat pengajian tinggi pula.

"Mereka ini menuntut ilmu, belajar untuk menjadi insan berguna untuk masa depan negara.. mereka terpaksa meminjam wang dari tabung pinjaman  Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)  untuk menyara kehdupan mereka di IPT.  Pinjaman mereka hampir sama dengan jumlah yang dibelanjakan oleh  kerajaan untuk pelatih puspen, namun mereka terpaksa membayar selepas tamat pengajian", kata Shukri lagi.

Ini tidak adil dalam sebuah negara demokrasi katanya. Mana mungkin kerajaan tanggung penagih dadah yang tidak berikan apa-apa kepada negara tetapi tidak mahu menanggung para pelajar yang menuntut ilmu untuk masa depan negara.




"Justeru, saya mencadangkan kepada kerajaan supaya memansuhkan PTPTN seperti yang dicanangkan dan termaktub dalam manifesto mereka sebelum ini. Ini bukan soal hutang lagi, tapi soal tanggungjawab sebuah kerajaan. Sama macam ibubapa yang menanggung anak-anaknya belajar, ia adalah tanggungjawab dan tidak boleh dituntut sebagai hutang", tambah beliau lagi.



Kerajaan yang baik dan bertanggungjawab harus melihat semua ini dari sudut positif. Lebih baik gunakan wang untuk menanggung penagih dadah kepada pelajar IPT. Bukankah itu lebih baik demi masa depan negara kita sebenarnya.

"Saya berharap perkara ini dapat dikaji dan dinilai secara mendalam oleh kepimpinan negara. Sudah tiba masanya perubahan dibuat. Kenapa bebankan pelajar yang menuntut ilmu dengan hutang, sedangkan satu situasi lagi penagih dadah ditanggung segala-galanya tanpa mereka atau keluarga perlu membayar balik. Apakah ini berbaloi untuk ekonomi negara?." tambah Shukri lagi.

Baru-baru ini kerajaan umumkan untuk menangguhkan mekanisme pembayaran baharu pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Ia sesuatu yang baik kata Shukri, nama yang lebih baik ialah melupuskannya demi menunaikan janji-janji dalam manifesto pilihanraya yang telah dicanangkan sebelum PRU14 lalu.

Bahkan, senario ini memperlihatkan penagih dadah lebih untung jadi rakyat Malaysia berbanding mahasiswa universit. Mereka "ditatang bagai minyak yang penuh", sebaliknya mahasiswa universiti umpama "anak tiri". Ubahlah. #sumber