"ANGKARA DEDAH, ANGKARA TERJAH ... BILA SEMUA BUAT TAK KISAH !!. CAKNA DEMI RAKYAT"

Apa Sudah Jadi? Tandas Awam TSK Amat Kotor, Jijik Dan Tidak Terurus !


Skuad Terjah telah meluangkan masa untuk menyiasat aduan daripada orang awam tentang keadaan tandas awam di Terminal Sentral Kuantan (TSK).

Aduan yang diterima mengatakan tandas terlalu kotor, menjijikkan dan tidak terurus dengan baik sedangkan TSK adalah pintu masuk utama pelancong luar yang datang ke Kuantan menggunakan bas ekspres.

Kami tiba di TSK sekitar jam 6 00 petang. Lokasi tandas bersebelahan kawasan menunggu (depature). Selepas membayar caj 30 sen kami masuk ke dalam tandas lelaki untuk melihat sendiri situasi di situ.

Sungguh mengejutkan, ternyata aduan selama ini adalah benar. Tandas awam TSK bukan saja menjijikkan malah tidak terurus.

Kunci pintu tandas banyak yang dah rosak. Kecoh apabila ada yang hampir bergaduh gara-gara ada orang awam yang menolak pintu untuk masuk ke tandas, sedangkan ada orang lain sedang menggunakannya.


Krew Skuad Terjah sendiri mengalaminya. Tinjauan kami mendapati bukan satu pintu tidak berkunci, malahan hampir keseluruhannya. Itu belum termasuk tandaa yang rosak dan tidak diselenggara, hanya tong sampah diletakkan di muka pintu.


Sementara itu, kami jangka tandas tidak lagi diselenggarakan dengan baik apabila urusan diambil alih oleh pihak TSK sendiri. Aduan dibuat kepada pihak penjaga dan dia mendakwa sudah banyak kali melaporkan kepada pihak penguruaan, namun hingga kini masih tiada tindakan.


Justeru, kami menggesa sesuatu diambil perhatian segera sebelum suasana yang lebih menjengkelkan berlaku. Difahamkan tandas di tingkat atas berhampiran hentian teksi juga mengalami situasi yang sama.


Senario ini jelas sekali mencemarkan imej "Kuantan Indah Lestari". Justeru, kami menggesa pihak pengurusan TSK mengambil berat tanggungjawab ini.

Edisi terjah seterusnya menyusul jika tiada sebarang tindakan oleh pihak bertanggung jawab.

"Angkara Dedah, Angkara Terjah... Bila Semua Buat Tak Kisah.. Cakna Demi Rakyat"