"ANGKARA DEDAH, ANGKARA TERJAH ... BILA SEMUA BUAT TAK KISAH !!. CAKNA DEMI RAKYAT"

Peratusan Menurun, Di Manakah Sikap 'Profesional' SPR Kendalikan PRU-14?


SPR Sepatutnya bersiap sedia atas padang untuk mengendalikan pilihanraya. Bukan sekadar di atas kertas.

Saya  kecewa dengan isu proses pengundian terlalu lambat, hingga menyebabkan masalah lain timbul di lokasi pengundian.

Sepatutnya SPR semakin maju dan berusaha untuk menaikkan peratus pengundian. Namun, sebaliknya yang berlaku pula.

Peratus menurun seperti yang kita jangkakan. Sudahlah PRU di buat pada hari Rabu pertengahan minggu. Kemudian kaunter mengundi hanya disediakan dua ruang dalam kapasiti pengundi yang terlalu ramai. Papan tanda saluran tempat mengundi juga tidak jelas hingga mengelirukan ramai pengundi.

Bayangkan pengundi terpaksa menunggu terlalu lama hingga dua tiga jam beratur untuk membuang undi. Sebab itu kita tidak hairan, ada kes kematian yang berlaku gara-gara kelewatan tersebut.

SPR tidak belajar dari kesilapan, sebaliknya mempertahankan kesilapan tersebut untuk menutup kelemahan. Saya juga hairan, masih ada kes kertas undi sudah dipangkah oleh pihak lain berlaku, sedangkan SPR sepatutnya lebih profesional dan teliti dalam melaksanakan tanggungjawab.

Saya juga terkilan kerana ramai pengundi yang gagal membuang undi kerana masa tamat jam 5.00 petang, sedangkan mereka sudah berada di dalam kawasan pusat mengundi.

Kelewatan berlaku kerana proses mengundi yang terlalu lama dan menyebabkan ada pengundi yang gagal mengundi. Bukan salah mereka, tapi sistem SPR yang tidak efisyen sebenarnya. 

Kenapa pengundi pula dipersalahkan kononnya datang lambat dan sebagainya. Walhal ada pengundi yang hanya boleh datang pada waktu petang kerana ada urusan di sebelah paginya.

Saya berharap agar SPR hanya menutup pintu pagar pusat pengundian pada jam 5.00 petang, sebaliknya mereka yang sudah berada di dalam dibenarkan mengundi. Apa yang berlaku amat mendukacitakan katanya, SPR hanya benarkan pengundi yang sudah berada di dalam dan dipanggil namanya sahaja untuk mengundi.

Bermakna, jam 5.00 petang hanya dua orang yang berada di dalam tempat mengundi sahaja di benar. Sebaliknya ramai lagi yang belum tiba giliran tidak layak mengundi walhal mereka sudah berada dalam kawasan pusat pengundian. 

Ini tidak adil kerana kelemahan berpunca daripada pihak SPR sendiri sebenarnya. Sedangkan pengundi sudah beratur berjam-jam lamanya untuk membuang undi.

Justeru, saya merasakan ketidakadilan seperti ini perlu diperbetulkan dan jangan menyalahkan pengundi yang datang sebelum jam 5.00 petang untuk mengundi. 

Sepatutnya mereka yang sudah berada dalam kawasan pusat pengundian sebelum jam 5.00 dibenarkan mengundi. Hanya pagar pusat pengundia sahaja ditutup, bukannya kepada pengundi yang sudah beratur dan berada di dalam. 

Sebelum ini sudah ada kes masa mengundi di tambah atas sebab-sebab tertentu, kenapa lai ini hak rakyat untuk mengundi dinafikan. 

Ia sama dalam kes bank tutup di mana mereka yang sudah berada di dalam bank sahaja dibenarkan membuat urusan. Ia tidak tertakluk kepada yang berada di kaunter semata-mata. 

Maka dalam kes SPR, tutup jam 5.00 petang tidak bolehlah menghalang pengundi yang sudah berada di dalam pusat pengundian walau pun nama mereka belum dipanggil atau giliran belum tiba. 

Mereka wajar dibenarkan mengundi, bagi yang datang selepas jam 5.00 petang itulah tidak dibenarkan masuk lagi dan boleh dihalang.. bertimbang rasa sikit kepada pengundi yang dah terlalu lama menunggu.

Tindakan tidak profesional SPR telah menyebabkan banyak kawasan mengamalmi pertausan pengundian yang menurun dari PRU13 dulu

MOHD SHUKRI B MOHD
RAMLI @ JAMALUDDIN

Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
[ A N G K A R A ]

www.angkaraterjah.blogspot.my