"ANGKARA DEDAH, ANGKARA TERJAH ... BILA SEMUA BUAT TAK KISAH !!. CAKNA DEMI RAKYAT"

Terjah Banjir: Live Dari Lokasi [3/1/2018]


Hari kedua edisi terjah banjir bermula di Kampung Soi, selepas stesen minyak Petronas. Air melimpah atas jalan hingga menyebabkan kesesakan berlaku sepanjang hampir 2 kilometer. Kami terpaksa meredah air dalam keadaan berhati-hati. Ada kenderaan yang terpaksa berpatah balik kerana pemandunya tidak yakin untuk melalui jalan tersebut.

Tiga kemalangan melibatkan beberapa buah kenderaan berlaku di sepanjang perjalanan ke bandar Kuantan melalui Tanjung Lumpur. Air Sungai Kuantan dari pandangan atas jambatan Tanjung Lumpur juga menunjukkan ada sedikit peningkatan.



Edisi terjah banjir bermula sekali lagi di Jeti Shah Bandar, benteng Sungai Kuantan. Kemudian kami bergerak ke flyover Jalan Kuantan By Pass, berhampiran TMG Tunas Manja dan Kolej Widad.


Selepas itu kami ke Perkampungan Sungai Isap Damai, melalui Bukit Rangin. Banjir sudah melanda kawasan ini, apapun masih ada kenderaan yang melaluinya termasuk motosikal.


Selepas itu kami bergerak melalui Permatang Badak. Air sudah mula naik bermula di hadapan Sekolah Kebangsaan Permatang Badak hingga ke Perkampungan Sungai Isap Damai. 



Sebelah petang kami meninjau pula lokasi banjir di Jalan Kuantan Pekan berhampiran jambatan Sungai Belat. Air sudah mula naik, dan ramai penduduk sudah berpindah. 



Sementara itu, di laluan jalan utama berhadapan Kolej Islam Sultan Hj Ahmad Shah (KUIPSAS) juga air sudah mula naik sama paras dengan jalan. 


Jika hujan terus turun, kawasan ini juga pasti akan banjir. Edisi Terjah berkakhir sekitar jam 4.30 petang. #ANGKARANEWS