"ANGKARA DEDAH, ANGKARA TERJAH ... BILA SEMUA BUAT TAK KISAH !!. CAKNA DEMI RAKYAT"

Program 'Lepak Santai@Terjah' Berjaya, Terima Kasih Di Atas Sokongan Semua !


NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) berjaya mengadakan majlis ramah mesra Lepak Santai@Terjah di Public Foodcourt, Jalan Haji Junid Kuantan pada 24 Mei 2017 yang lalu.

Majlis yang diadakan secara santai itu menjemput semua sahabat terutamanya follower kami untuk bersama-sama berkongsi semangat perjuangan yang telah kami rintis selama ini.



Biar pun kehadiran tidak seperti yang diharapkan, namun ia sudah cukup untuk memberi kekuatan kepada Skuad Terjah untuk terus membela rakyat terutamanya dalam isu-isu setempat yang sering membelengu diri mereka selama ini.



Program yang telah dikendalikan oleh DJ Hairey Rahim itu memberi peluang kepada peserta untuk melihat sendiri rahsia dibelakang tabir tentang Penyelaras kami iaitu Blogger Cucumatkilau AKA Mohd Shukri Mohd Ramli.


Dalam ucapannya, Shukri mengucapkan terima kasih kepada mereka yang hadir dan memaklumkan akan meneruskan edisi terjah selagi ada sokongan daripada rakyat.



Acara dijalankan secara bual bicara santai dan kemudiannya persembahan slide pada skrin besar yang pertama kali diadakan di lokasi terbabit. Para peserta teruja dengan perjalanan NGO Terjah yang cukup berliku dan penuh dengan ranjau berduri selama ini.



Pada program itu juga, kami turut melancarkan radio rakyat CMK FM "Suara Generasi Baru" yang bakal bersiaran sepenuhnya sekitar bulan Julai 2017 ini nanti.


Program berakhir dengan sessi soal jawab dan kemudiannya meraikan majlis harijadi Penyelaras NGO Terjah. Terima kasih kepada semua yang hadir dan juga menderma ke tabung dana NGO Terjah. Sokongan semua amatlah dihargai. Salam Terjah.