"ANGKARA DEDAH, ANGKARA TERJAH ... BILA SEMUA BUAT TAK KISAH !!. CAKNA DEMI RAKYAT"

Superbest Power, "Jalinkan Kerjasama" Dengan NGO Angkatan Pembela Rakyat


KUANTAN: Syarikat pengeluar kopi Superbest Power,  secara rasmi menjalinkan kerjasama dengan NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) dalam mempopularkan jenama tersebut. Kerjasama telah dipersetujui oleh Pengarah Urusan Superbest Power Health Food & Beverages Sdn Bhd (Superbest Power), Kamal Mohd Nor dan Penyelaras NGO Angkara, Mohd Shukri Mohd Ramli baru-baru ini. 



Kopi Superbest Power adalah jenama popular yang semakin disukai ramai sekarang. Tambahan pula syarikat tersebut telah menjadi penaja rasmi kejohanan bolasepak Piala FA sebelum ini. 



Menurut Shukri, beliau amat berterima kasih kepada Superbest Power kerana sudi menjalinkan kerjsama dengan NGO Angkara terutamanya tentang soal kebajikan dan kesihatan rakyat. 

"Kami sudah lama menantikan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memperjuangkan isu-isu rakyat, dengan adanya kerjsama dengan Superbest Power maka diharapkan edisi terjah akan lebih berperanan lagi selepas ini. Bezanya kali ini kami akan membawa jenama Superbest Power", katanya.

Kerjasama antara kedua-dua belah pihak ialah edisi terjah  "Superbest Power Jejak Sihat"  yang akan menjelajah ke seluruh negara, bermula di Kuantan.

Sementara itu, Kamal pula menegaskan beliau berminat untuk menjalinkan kerjasama dengan NGO Angkara kerana melihat mereka konsisten dalam memperjuangkan hak-hak rakyat sejak akhir-akhir ini. 



"Malah saya difahamkan, NGO terbabit berjuang membela rakyat tanpa menerima sebarang dana daripada mana-mana pihak sebelum ini. Maka itu, kami membantu dari sudut dana untuk diagihkan kepada prospek, disampin itu juga memberi mereka menggunakan produk-produk kami untuk gaya hidup sihat", kata Kamal. 

"Produk kami amat istimewa, Bagi penggemar kopi, tidak semua minuman segera mudah disediakan atau dibancuh kerana teksturnya menjadi gumpalan dan tidak enak diminum. Berbanding kopi segera yang ada di pasaran, sebelum memasarkan produknya, kajian dilakukan terlebih dahulu agar ia tidak memudaratkan kesihatan. Untuk mendapatkan produk terbaik, kajian ini dilakukan agar setiap lapisan umur dapat menikmatinya sebagai minuman harian. Ternyata formulasi ini tidak memudaratkan kesihatan kerana kandungan gula sedikit dan dicampurkan dengan pelbagai  herba tradisional,” katanya.



Campuran herba itu termasuk ekstrak tongkat ali, ubi jaga dan cendawan ganoderma yang diimport khas dari China. Herba tersebut diekstrak terlebih dahulu dengan menggunakan teknologi canggih bagi mengekalkan khasiat yang terkandung bahan terpilih itu. Bahkan kopi keluaran syarikatnya itu dihasilkan dengan kandungan tidak memudaratkan kesihatan jika diminum dalam kuantiti banyak.



“Bukan semua menggemari kopi kerana takut dengan kandungan gula tinggi dan dipercayai menjadi punca pelbagai penyakit. Namun, pelanggan atau pengguna tidak perlu bimbang kerana produk kami tidak mengandungi gula dan selamat diminum,” katanya.

Tetapi, Kamal menasihatkan pengguna seelok-eloknya produk itu diambil tiga kali sehari  iaitu waktu pagi, petang dan malam.



Kopi campuran tersebut bukan sahaja sedap diminum, malah sesuai untuk semua golongan termasuk ibu mengandung.“Ternyata minuman herba ini sesuai diamalkan kaum wanita untuk tenaga berpanjangan dan melancarkan peredaran darah haid. Tidak hanya sesuai untuk minuman panas, kopi ini mudah dibancuh dengan air panas ataupun sejuk,” katanya.



Selain produk popular kopi  Superbest Power, syarikat tersebut turut mengeluarkan lima jenis produk lain iaitu Susu Kambing Goat Power, Queen Fatimah Plus Collagen, kopi pracampuran Cintaku dan  minuman sunnah, Jus Qisya.




Menawarkan harga berpatutan, produknya boleh didapati dikebanyakan pasaraya besar di negara ini.

Bukan sahaja menggunakan khidmat ejen jualan dan stokis, ia turut diperolehi menerusi laman sesawang  superbestpower.com.my  dan Facebook, Superbest Power Malaysia bagi penghantaran seluruh negara.

Selaras dengan kerjasama ini, edisi terjah akan membawa produk-produk Superbest Power untuk diagih-agihkan kepada rakyat-rakyat yang memerlukan. Di samping itu, sumbangan dana juga akan diuruskan untuk golongan yang memerlukan. 

Justeru kepada anda yang mempunyai ahli keluarga yang mengalami sakit kritikal, dipelawa mengamalkan produk-produk Superbest Power. Sila hubungi talian hotline 012-3854400 atau pejabat 09-5730200 (Angkatan Pembela Rakyat) untuk sebarang pertanyaan. Keutamaan diberikan kepada keluarga kurang mampu dan miskin termasuk ibu tunggal dan sebagainya. #sumber