"ANGKARA DEDAH, ANGKARA TERJAH ... BILA SEMUA BUAT TAK KISAH !!. CAKNA DEMI RAKYAT"

Projek Perumahan Taman Putra Perwira Tak Siap, Pembeli Gesa Kerajaan Bantu


Apa Sudah Jadi Dgn Projek Perumahan Taman Putra Perwira, Gebeng Kuantan?. Projek Belum Siap Utk Di Dududki, Sedangkan Gaji Pembeli Telah Di Potong Setiap Bulan Sejak Beberapa Tahun Yg Lalu.
Skuad Terjah, Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) Telah Meninjau Ke Lokasi Terbabit Untuk Memantau Permasalahan Ini Pd Rabu Jam 2.15 Ptg (14/10/2015). Ternyata Sungguh Mengecewakan. Majoriti Pembeli Adalah Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Terkilan Dgn Sikap Pemaju Jelang Fajar Dr Kuala Lumpur Yg Sering Berdolak Dalih Dan Memberi Berbagai2 Alasan Apabila Di Tanya Oleh Pembeli.


Pada Pertemuan Ptg Smlm, Angkara Sempat Menemui Beberapa Org Pembeli Fasa I, Taman Perumahan Terbabit. Rata-Rata Di Kalangan Mereka Sudah Buntu Dan Tidak Tahu Lagi Kepada Siapa Untuk Mereka Buat Aduan, Lantaran Itu Menghubungi Kami Untuk Di Terjah. Ramai Pihak Cuba Membantu Tp Hingga Kini Masalah Mereka Masih Gagal Di Selesaikan. Isu Ini Juga Pernah Di Siarkan Dlm Akhbar Sinar Harian, Tp Tiada Pihak Berwajib Yg Tampil Untuk Membantu.

Kami Amat Kecewa Dan Simpati Dgn Nasib Mangsa (Pembeli) Terbabik Dan Mendesak Kerajaan Negeri Pahang Segera Membantu Menangani Masalah Terbabit. Sampai Bila Pembeli Harus Di Perkotak-Katikkan Oleh Pihak Pemaju.\



Persoalannya, Sudahlah Pemaju Gagal Menyiapkan Fasa I Projek Terbabit Kini Mereka Sibuk Pula Mempromosikan Fasa II Utk Di Jual. Di Fahamkan Promosi Sedang Rancak Di Jalankan Di UTC Pahang Dan Kuantan Parade.



Kenapa Tiada Tindakan Ke Atas Pemaju?. Bagaimana Pihak Berkuasa Boleh Memberi Lesen Utk Mereka Mempromosikan Pula Perumahan Fasa II, Sedangkan Fasa I Yg Sepatutnya Di Siapkan Pada Jun 2007 Masih Gagal Sehingga Ke Hari ini.
Mangsa Yg Sebahagian Besarnya Anggota Tentera Kini Terpaksa Menanggung Beban Kewangan Yg Serius Akibat Terpaksa Membayar Pinjaman Perumahan Terbabit Kpd Kerajaan Dan Dalam Masa Yg Sama Perlu Membayar Sewa Rumah Lain Sejak Beberapa Tahun Lalu. Malah, Ada Di Kalangan Mereka Yg Sudah Pencen Dari ATM Tp Terpaksa Menanggung Bebanan Terbabit.



Kerajaan Wajar Mengambil Perhatian Serius Terhadap Isu Ini. Demi Rakyat, Lakukanlah Sesuatu. Kenapa Perlu Di Biarkan Mereka Terus Menderita Dan Terseksa?.
Lebih Mengejutkan, Dalam Tinjauan Kami Juga Mendapati Struktur Bangunan Perumahan Terbabit Susah Siap Sepenuhnya Tetapi Kemudahan Seperti Bekalan Air, Eletrik, Jalanraya Masih Gagal Di Siapkan Sepenuhnya. Pemaju Mengadu Banyak Benda Perlu Di Patuhi Sebelum Kelulusan Di Perolehi Drpd Pihak Kerajaan.
Soalnya, Kenapa Fasa I Belum Siap Kerajaan Boleh Benarkan Pemaju Promosikan Pula Projek Fasa II?. Jika Fasa I Yg Sepatutnya Siap Pada 2007 Mereka Masih Gagal Menyelesaikannya Bagaimana Kelulusan Pelan Untuk Fasa II Boleh Di Terima?.
Apa Yg Lebih Menyedihkan Lg, Struktur Rekabentuk Rumah Terbabit Juga Telah Di Ubah Oleh Pemaju Bercanggah Dgn Kelulusan Pelan Asal Yg Di Benarkan?. Kami Juga Menggesa Pemaju Jelang Fajar Tidak Lg Berdolak-Dalih Utk Mengelirukan Pembeli.
Biasanya Mana2 Pemaju Projek Perumahan Akan Siapkan Fasa I (Di Diami Pembeli) Barulah Bersedia Membina Dan Mempromosikan Projek Fasa II. Tp, Tidak Bagi Pemaju Projek Perumahan Taman Putra Perwira Ini, Fasa I Belum Siap Dan Bermasalah Tp Mereka Sibuk Menjual Pula Fasa II. Kerajaan Di Gesa Turun Padang Memantau Senario Ini.
Justeru, Pihak Kami Mendesak Agar Isu Ini Di Selesaikan Segera. Bagi Pihak Kerajaan, Permudahkan Urusan Berkaitan Jika Benar Dakwaan Pemaju. Kami Harap Menteri Besar Pahang Turut Campurtangan Dlm Isu Ini. Pembeli Sebahagian Besarnya Adalah Anggota Tentera Yg Telah Berkorban Nyawa Dan Tenaga Utk Mempertahankan Negara, Tapi Kini Nasib Mereka Pula Tidak Di Bela. Cakna, Demi Rakyat.
MOHD SHUKRI MOHD
RAMLI @ JAMALUDDIN
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
[ A N G K A R A ]
*** Sokong Perjuangan ANGKARA, Sila Like Pages Angkatan Pembela Rakyat Di https://www.facebook.com/angkatanpembelarakyat