"ANGKARA DEDAH, ANGKARA TERJAH ... BILA SEMUA BUAT TAK KISAH !!. CAKNA DEMI RAKYAT"

Covid-19: 69 Kes Baharu, 39 Kes Pulih, Satu Kematian Hari Ini


PUTRAJAYA – Seorang pesakit positif Covid-19 meninggal dunia hari ini, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mangsa direkodkan mempunyai latar  belakang penyakit barah.

"Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 (iaitu kes ke-4818). Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 14 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 30 April 2020 jam 4.00 petang,” katanya.

Jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 103 kes, tambah beliau.

Sementara itu, menurut Noor Hisham kes baharu positif Covid-19 melebihi kes pulih hari ini.

Noor Hisham berkata, terdapat 69 kes baharu yang telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,071 kes.

“Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,758 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan. Daripada 69 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 12 kes adalah kes import. Ini bermakna, kes penularan  tempatan adalah sebanyak 57 kes,” tambah beliau.

Ujarnya, sebanyak 39 kes pulih positif Covid-19 direkodkan hari ini dan kesemua telah discaj.

Jumlah itu menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 adalah sebanyak 4,210 kes yang  merangkumi 63.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif virus tersebut, katanya. #sumber