"ANGKARA DEDAH, ANGKARA TERJAH ... BILA SEMUA BUAT TAK KISAH !!. CAKNA DEMI RAKYAT"

Pelanggan Kecewa TM Kenakan "Caj" Di Waktu PKP, Ketika Talian Masih Di Sekat


KUANTAN - Seorang pelanggan Telekom Malaysia (TM) hari ini meluahkan perasaan kecewa dengan tindakan syarikat terbabit yang masih mengenakan caj perkhidmatan terhadap talian internet Unifi yang sudah disekat.

Beliau yang terkejut apabila melihat bilnya berjumlah RM454.95 ketika mahu membuat bayaran secara online pagi ini. Bill tunggakan beliau setakat bulan Mac 2020 ialah RM297.00 sahaja.

Pelanggan yng tidak mahu dikenali itu terkilan kerana diketika kerajaan mengarahkan berbagai agensi kewangan dan pinjaman memberikan moratorium penangguhan bayaran selama tempoh tiga hingga enam bulan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa III sedang berjalan sekarang ini, tiba-tiba TM pula mengenakan caj terhadap perkhidmatan yang tidak digunakan (disekat).



"Saya baru saja cuba untuk membuat bayaran tunggakan RM297 unuk membolehkan talian dibuka semula pagi ini, namun amat kecewa bila diarahkan membayar jumlah penuh RM454.95 iaitu termasuk bil bulan April 2020 sebanyak RM157.94", katanya.

Beliau mendakwa sudah menjadi pelanggan TM sejak sekian lama, namun terkilan kerana masih dikenakan caj terhadap perhidmatan yang telah disekat, tambahan pula ketika semua pihak memberi kemudahan kepada pengguna untuk menangguhkan bayaran.

Sudahlah sebelum ini beberapa aduan telah dibuat kepada TM tentang talian telefon Unifi tidak pernah berfungsi sejak pemasangan. Beberapa kali aduan dibuat melalui hotline 103, namun hingga kini ia masih tidak dibetulkaan oleh pihak terbabit.

"Saya harap, apa yang dialami ini tidak terjadi kepada pelanggan yang lain. Ini bukan masanya bertindak zalim kepada pelanggan. Ini waktu wabak Covid-19 melanda seluruh negara dan dunia. Alangkan syarikat TV berbayar pun boleh memberi siaran percuma kepada pelanggan. Bahkan syarikat telco boleh beri data internet percuma 1GB setiap hari kepada pelanggan sepanjang PKP, TM pula boleh bertindak seperti ini", tambah beliau.


Apa pun beliau amatlah berharap, dapat dikecualikan daripada membayar bil pada bulan April kerana perkhidmatan langsung tidak digunakan akibat talian disekat oleh pihak terbabit. Malah beliau tidak teragak-agak untuk membuat aduan kepada KPDNKK terhadap perkara ini. #PDO