"ANGKARA DEDAH, ANGKARA TERJAH ... BILA SEMUA BUAT TAK KISAH !!. CAKNA DEMI RAKYAT"

Kluster Bali Di IIUM, NGO Persoal Portal SEBENARNYA.MY !


KUANTAN - Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) hari ini mempersoalkan kredibiliti portal rasmi SEBENARNYA.MY yang diuruskan oleh pihak kerajaan. Portal tersebut kononnya untuk menangkis berita fitnah dan tidak pasti yang dikongsikan oleh orang ramai di laman media sosial. 


Namun dalam kes dakwaan mesej kakitangan IIUM positif Covid-19 yang didakwa palsu oleh portal terbabit, klik sini https://sebenarnya.my/dakwaan-mesej-kakitangan-uia-positif-covid-19-adalah-palsu/ ternyata ia sungguh mengelirukan orang ramai terutamanya warga Kuantan.

Demikian ditegaskan oleh Penyelaras NGO Angkara, Mohd Shukri Mohd Ramli kepada PDO hari ini. Beliau yang pernah membongkar isu pusat perubatan swasta mana yang dikatakan menjadi punca merebaknya 'kluster Bali' akibat pandemik Covid-19 di Kuantan, pernah mendesak Kemeterian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan secara rasmi pusat perubatan terbabit sebelum ini.


Namun susulan seramai 1.500 orang warga Kuantan diarahkan menjalani ujian saringan semalam maka dengan jelas Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Bahari Tok Muda menyebut kesemua mereka terdiri daripada kontak langsung dan tidak langsung pesakit Covid-19 dari kluster Bali di Hospital Universiti Islam Antarabangsa (IIUM) Kuantan. 


Menurutnya, mereka yang dikenal pasti merupakan kumpulan berisiko Covid-19 yang perlu diberi perhatian. "Mereka ini termasuklah pesakit yang dirawat di IIUM sejak 19 hingga 21 April, staf yang bertugas serta ahli keluarga dan anak-anak kepada petugas kesihatan yang bekerja di hospital terbabit," kata kenyataan itu.

Ini bermakna kluster Bali sudah muncul di IIUM sejak dari awal lagi dan ia bukannya satu laporan palsu. Malah difahamkan kematian pertama Covid-19 di Pahang juga pesakit dikatakan telah ke hospital terbabit sebelum ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Bahkan dua lagi kematian turut melibatkan kluster yang sama dan pesakit dipercayai ada menerima rawatan di hosital terbabit sebenarnya. Perkara ini tidak boleh dinafikann lagi kerana ramai pihak yang sudah tahu. Namun anehnya pihak IIUM sendiri beriya menafikan perkara ini, seolah-olah tidak berani perpijak di bumi yang nyata.


Akibatnya mereka masih menerima pesakit yang datang mendapatkan rawatan dan tidak menutupnya (lockdown) lebih awal. Kini semakin ramai dilaporkan positif Covid-19 akibat ada kontak rapat dengan petugas di hospital tersebut.

"Saya hairan bagaimana IIUM sanggup keluarkan kenyataan yang bercanggah, kononnya mereka ada fakta. Walhal kes sememangnya berlaku di situ. kenapa perlu disembunyikan daripada pengetahuan orang ramai?. Alasan yang diberikan oleh pihak tertentu kerana takut rakyat panik adalah tidak berasas sama sekali. Sekarang barulah rakyat panik apabila kluster Bali semakin merebak dalam diam", tambah Shukri.

Gara-gara kenyataan pihak IIUM, kini kreadibiti portal sebenarnya.my mula diragui. Mereka sendiri tidak pasti tapi telah kongsi cerita yang bercanggah dengan fakta sebenarnya. Mohon portal terbabit memperbetulkan kenyataan berkaitan. #sumber