"ANGKARA DEDAH, ANGKARA TERJAH ... BILA SEMUA BUAT TAK KISAH !!. CAKNA DEMI RAKYAT"

Isu Air Di Jengka 6 Dan 7, NGO Angkara Syak Ada Unsur 'Sabotaj' Pihak Tertentu


Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) diminta menyiasat ada unsur sabotaj terhadap isu air yang acap kali melanda penduduk Felda Jengka 6 dan Jengka 7 setiap kali musim perayaan Hari Raya Aidil Fitri.

Sudah terlalu lama rakyat menahan sabar dengan situasi ini. Katanya, mana mungkin setiap kali hari raya menjelang tiba maka isu air terus melanda kawasan ini. Felda Jengka 7 lebih parah lagi kerana isu ini sudah berlarutan sejak lebih 40 tahun yang lalu. 

Saya mengesyaki ada unsur sabotaj oleh pihak-pihak tertentu kerana sumber dari loji yang sama di Jengka 4 yang menyalurkan air ke Felda Jengka 3-7 itu terjejas teruk setiap kali musim perayaan sahaja. Selepas itu ia kembali normal seperti biasa", kata Shukri.

Aneh benar bila sumber yang sama tapi hanya Jengka 6 dan Jengka 7 sahaja yang terjejas secara kritikal. Sebaliknya bagi Jengka 3, Jengka 4 dan Jengka 5 senarionya berbeza sama sekali. Malah difahamkan, air begitu laju seperti air bomba kata beberapa orang saksi yang beliau hubungi.

Bila penduduk buat aduan, PAIP Maran kata tekanan rendah. Setiap kali aduan dibuat  itulah jawapannya. Namun, anehnya tiga lagi kampung  yang menggunakan air dari loji yang sama tekanan terlalu tinggi?. Apakah maknanya semua ini?.

Saya mengesyaki ada unsur sabotaj kerana, sebelum ini Felda Jengka 6 tidak bermasalah seperti di Jengka 7 kerana ia terletak dalam DUN Hulu Jempul (termasuk dalam kawasan loji). Namun sejak 10 tahun yang lalu, penduduk Felda Jengka 6 mengalami nasib yang sama selepas kawasan itu berpindah ke DUN Chenor, sama dengan Felda Jengka 7.

Apakah PAIP Maran sedar semua ini?. Loji Air Jengka 4 terletak dalam DUN Kuala Sentul dan semua kawasan lain iaitu Jengka 3, Jengka 4 dan Jengka 5 yang terletak dalam DUN terbabit tidak terjejas dengan isu air yang kritikal baru-baru ini.

Jika ini siatuasinya, sudah pasti ada unsur sabotaj yang berlaku dengan kerjasama daripada pihak yang  tidak bertanggungjawab.  Tambahnya lagi, loji air di Jengka 4 diuruskan oleh manusia dan beliau mengesyaki ada perbuatan khianat dalam hal ini.

Mungkin ada pihak yang mahu masalah air di kawasan mereka tidak berlaku pada hari raya kali ini, lantaran itu mengarahkan penjaga pam untuk mengawal pergerakan air agar kawasan tertentu laju dan kawasan lain biarkan. Jika ada rungutan, mereka boleh hantar air dengan lori kepada penduduk yang terjejas. Ini perbuatan khianat dan memperjudikan nasib rakyat terutamanya penduduk Felda Jengka 6 dan Jengka 7.

Saya tidak teragak-agak akan membongkarkan perkara ini dengan lebih detail lagi sekiranya ada saksi-saksi yang tampil memberikan maklumat. Buat masa ini katanya sudah ada saksi dan orang dalam yang memberikan kerjasama. 

Bukti sukar untuk dikumpul kerana perkara ini boleh dilakukan dengan arahan WhatsApp atau SMS semata-mata. Sebab itu jawapan tekanan air rendah dan pam tidak mencukupi amatlah tidak logik. Jika pam tak cukup kenapa tak tambah pam?. Bukankah saluran paip itu sendiri sudah di "upgrade" dan sepatutnya isu air ini sudah tidak berlaku terutamanya ketika musim perayaan. 



Ia menganiaya anak-anak perantauan yang balik ke kampung halaman untuk berhariraya bersama keluarga masing-masing.. Jika benar dakwaan sabotaj ini, ia memang tidak adil sebab ada sikap pilih kasih, double standard dan pilih bulu dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

"Cakna Demi Rakyat"

MOHD SHUKRI B MOHD
RAMLI @ JAMALUDDIN

Penyelaras NGO TERJAH
Angkatan Pembela Rakyat
[ A N G K A R A ]
www.angkaraterjah.blogspot.my

RADIO TERJAH
CMK FM (Like / Share)

www.cmkradio.blogspot.my