"ANGKARA DEDAH, ANGKARA TERJAH ... BILA SEMUA BUAT TAK KISAH !!. CAKNA DEMI RAKYAT"

Kerajaan Perlu Gunakan Teknologi CBH Menggantikan Kaedah Mencuci Bauksit


Teknologi Containerised Bulk Handling (CBH) adalah satu kaedah terbaik yang wajar dimasukkan ke dalam draf Prosedur Operasi Standard (SOP) Aktiviti Perlombongan dan Pengeksportan Bauksit Negeri Pahang seperti yang diwar-warkan oleh 
Kementerian Air, Tanah, dan Sumber Asli (KATS) baru-baru ini.


Ini kerana teknologi tersebut dilihat lebih selamat, mesra alam dan bersih dari lain-lain draf SOP yang dicadangkan sebelum ini. Keadah "mencuci bauksit" sebenarnya dilihat gagal dan tidak berupaya untuk meminimakan risiko seperti yang dicadangkan sebelum ini.


Isu sungai tercemar dan laut merah masih segar dalam ingatan warga Kuantan. Malah, akitiviti mencuci bauksit juga dilihat boleh mengudang risiko kesihatan dan keselamatan kepada para penduduk seperti yang pernah didedahkan sebelum ini.

Biar pun ada kolam-kolam yang akan dibina untuk mengatasi masalah tersebut, namu ia dilihat tidak begitu efisyen dalam menangani isu pencemaran terutamanya sungai yang menjadi sumber air kepada Loji Rawatan Air (RWA) di kawasan Kuantan seperti di Semambu, Bukit Goh dan Bikit Sagu. Risiko timbul apabila musim hujan dan air cucian dari kolam melimpah keluar dan masuk ke sungai.


Semua ini perlu diambil kira demi mengelakkan kemarahan orang ramai sekiranya aktiviti bauksit berjalan semula tidak lama lagi. Justeru beliau mencadangkan teknologi CBH digunakan dan dimasukkan sebagai sebahagian daripada draf SOP Kementerian Air, Tanah, dan Sumber Asli (KATS) dalam menagani isu ini. 



CBH dilihat lebih terbaik dan ia telah digunapakai sebenarnya di luar negara. Makanya, tidak menjadi kesalahan untuk kerajaan memasukkan perkara ini ke dalam draf SOP bagi menggantikan kaedah cucian. Malah, hasil bauskit juga lebih terjamin dalam menjana ekonomi kerajaan  sendiri berbeza dengan kaedah cucian sebenarnya. Berat bahan mineral itu akan berkurangan, sedangkan ia boleh dieksport tanpa cucian dengan kadar harga  yang lebih tinggi. Kerajaan harus mengambilkira semua ini sebelum mewartakan SOP bauskit tidak lama lagi.



Teknologi Contaianerised Bulk Handling (CBH) juga dilihat boleh menjimatkan kos dari segi  pengurusan tapak perlombongan bauksit dan membabitkan aspek pengurusan penyimpanan stok dan pelabuhan.





Malah kaedah ini juga dilihat lebih menjamin alam skitar kerana tiada debu berterbangan di udara seperti sebelum ini. Penggunaan lori dengan kanvas tertutup seperti yang dicadangkan baru-baru ini juga belum tentu dapat menjamin kebersihan alam sekitar. 



Sementara itu kerja-kerja seperti proses memunggah (ke kapal) juga lebih mudah, cepat dan selamat sebenarnya.  Kaedah CBH  dilihat berupaya mengatasi masalah pencemaran alam sekitar, termasuk isu sungai dan laut merah yang hangat diperkatakan sebelum ini.

Sudah tiba masanya satu sistem yang lebih canggih digunakan untuk mengelakkan sebarang masalah dikemudian hari. Jika tidak isu bauksit ini akan terus ditentang oleh penduduk yang melihat keselamatan mereka terancam dengan prosedur yang hampir sama iaitu punggah dengan lori, cuci dan kemudian air melimpah bila musim hujan.




Ini katanya tidak bagus untuk masa depan indusrti itu di Malaysia dan semestinya langkah yang lebih baik perlu dilaksanakan. Beliau juga berharap penggunaan teknologi CBH ini juga dapat diterima baik oleh pengusaha bauksit termasuk juga Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) yang telah dilantik oleh Kerajaan Negeri Pahang untuk menguruskan aktiviti ini.

Saya bersedia bertemu dengan pihak kementerian untuk memastikan teknologi CBH ini dapat dimasukkan ke dalam Draf Prosedur Operasi Standard (SOP) Aktiviti Perlombongan dan Pengeksportan Bauksit Negeri Pahang sebelum ia diwartakan. Kerajaan pusat dan negeri juga akan mendapat keuntungan yang lebih baik dengan kaedah ini sebenarnya", tambah Shukri. 

MOHD SHUKRI MOHD RAMLI
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat 
[ A N G K A R A ]