"ANGKARA DEDAH, ANGKARA TERJAH ... BILA SEMUA BUAT TAK KISAH !!. CAKNA DEMI RAKYAT"

Isu Air Yang Membelenggu Para Pelajar Polisas Kian Kritikal, Bertindak Segera !


Apa sudah jadi dengan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan?. Kami mendapat banyak aduan daripada ibubapa pelajar yang kecewa dengan masalah bekalan air yang masih belum pulih dan dapat diatasi sepenuhnya sejak beberapa tahun yang lalu.

Akibat masalah tersebut, pelajar terpaksa mencari rumah sewa diluar untuk lebih selesa. Namun ia menjadi masalah kepada ibubapa pelajar yang tidak mampu. 

Difahamkan, aduan telah beberapa kali dibuat oleh pelajar kepada pihak pentadbiran namun hingga kini masih tiada tindakan sewajarnya yang diambil.



Air hanya ada di tingkat bawah bangunan empat tingkat yang menempatkan para pelajar. Ini menyebabkan pelajar ditingkat atas terpaksa turun ke bawah untuk ke bilik air. Ia cukup merumit dan menyiksakan para pelajar sebenarnya.



Memang ada tangki air yang disediakan, namun ia tidak mencukupi dan sering mengalami masalah yang serupa akibat tekanan rendah. Difahamkan setiap blok hanya ada satu tangki sahaja yang disediakan. Ia ternyata tidak dapat menampung jumlah pelajar itu sendiri.



Susulan itu, kami menggesa pihak Kerajaan Negeri Pahang, Kementerian Pendidikan, dan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) mengambil perhatian serius terhadap isu ini. 



Kami juga menggesa Ahli Parlimen Indera Mahkota (YB Datuk Saifuddin Abdullah) dan ADUN Semambu (YB Lee Chean Chung)  dapat mengangkat isu ini kepada pihak kerajaan Pakatan Harapan (PH), agar isu yang sudah sekian lama membelenggu pelajar ini dapat diberi perhatian sewajarnya.

Jangan sampai pelajaran terganggu gara-gara masalah air yang tidak berkesudahan. Air amat penting untuk kehidupan. Cakna Demi Rakyat.