"ANGKARA DEDAH, ANGKARA TERJAH ... BILA SEMUA BUAT TAK KISAH !!. CAKNA DEMI RAKYAT"

Masalah Air Terus Melanda Di Jengka 7, Apa Status Terkini Tangki Air PAIP?


Isu air yang melanda sebahagian penduduk di Jengka 7 dekat sini sejak beberapa hari lalu kian hangat dibicarakan di media sosial.

Rata-Rata netizen terkejut dengan apa yang berlaku. Berbagai komen dan rungutan di lontarkan kepada Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), yang bertanggungjawab dalam hal ini.


Isu air yang sudah puluhan tahun berlaku itu menjadi semakin parah baru-baru ini. Ada kawasan yang ketiadaan air beberapa hari sebelum menjelangnya satu syawal

Ini menyebabkan ahli keluarga yang mahu pulang beraya bersama ibubapa mereka menjadi trauma. Hingga ada yang tak mandi gara-gara masalah yang terjadi.


Saya cukup sedih dan kasihan melihat senario yang berlaku.

Saya sangka dengan adanya tangki air baru yang dibina di Jengka 7, isu air akan selesai seperti dijanjikan. Namun, sebaliknya pula yang berlaku.. Isu air tak seleaai, malah lebih parah hingga mengganggu kemeriahan Aidil Fitri sebahagian penduduk di Jengka 7.

Saya menggesa pihak PAIP melaporkan dengan telus status tangki air yang sudah beberapa tahun di siapkan itu.


Dengan kos jutaan ringgit dan janji ia dapat selesaikan isu air, namun masalah yang dihadapi penduduk sejak berpuluh tahun itu tetap terjadi.. malah lebih teruk kali ini.

Saya juga mendapat aduan daripada ramai pihak termasuk penduduk tempatan yang mendakwa tangki air tidak beroperasi sebenarnya.

Apakah benar dakwaan itu?. Ada kes petugas PAS memanjat tangki untuk pacak bendera ketika kempen PRU14 lalu dan melihat sendiri tangki tiada air... hanya ada sedikit saja sebagai syarat..Mereka diarahkan menurunkan semula bendera PAS oleh pihak PAIP selepas itu.

PAIP perlu nyatakan status sebenar tangki air tersebut demi tidak menimbulkan fitnah oleh semua pihak.

Jika benar tak berfungsi, akui dan cari jalan untuk atasi masalah. Jangan tipu penduduk... bukti jelas isu air tak juga selesai walau pun tangki bernilai jutaan ringgit itu sudah terpacak sekian lama di Jengka 7.

Apa pun, saya ucapkan terima kasih kepada pihak PAIP Maran yang terpaksa turun padang bertungkus lumus untuk menghantar bekalan air ke lokasi-lokasi yang terjejas.

Laporan yang diterima mengatakan beberapa kawasan di Felda Jengka 4 turut menghadapi masalah yang sama hingga menyusahkan ramai pihak yang mahu beraya bersama keluarga masing-masing di kampung.



Kita difahamkan, Loji Air Jengka 3-7 sudah dinaiktaraf sebelum ini, malah dilaporkan juga saluran paip itu sendiri sudah dibuat penambahbaikan namun agak hairan isu air yang sudah sekian lama melanda maaih gagal di atasi dengan baik.

MOHD SHUKRI B MOHD
RAMLI @ JAMALUDDIN

Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
[  A N G K A R A  ]