"ANGKARA DEDAH, ANGKARA TERJAH ... BILA SEMUA BUAT TAK KISAH !!. CAKNA DEMI RAKYAT"

Masalah Air Terus Melanda Di Jengka 7, Apakah Status Terkini Tangki Air PAIP?


Setahun yang lalu kami pernah menerjah isu tangki air di Felda Jengka 7 ini. Ketika pendedahan dibuat, ramai piak terutamanya piak Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) sendiri mendakwa tuduhan kami tidak berasas sama sekali. 

Dibawah ini dipaparkan sebahagian daripada kenyataan yang dibuat oleh PAIP Maran terhadap pendedahan panas yang telah kami buat tentang isu ini.



Paling mengejutkan pihak PAIP Maran mendakwa kami menfitnah atau mendedakan sesuatu yang tidak berpijak dibumi yang nyata. Malah mereka turut mendakwa tidak ada sebarang aduan masalah air daripada penduduk Jengka 7. Ia berdasarkan sumber beberapa orang kakitangan PAIP itu sendiri mempunyai keluarga di Jengka 7. Lihat kenyataan ini;

Paling menarik PAIP Maran menuduh kami menyebarkaan berita tidak benar untuk kepentingan politik kerana pilihanraya semakin hampir. Sedangkan pendedahan itu dibuat pada bulan Jun 2018 iaitu sebulan selepas pilihanraya umum ke-14 sebenarnya. Agak pelik bila tidak ada laporan daripada penduduk Jengka 7 hatta pihak pengurusan Felda dan  Tok Empat sekali pun. Inilah yang menusyilkan, sedangkan macam-macam isu air Jengka 7 yang tular di media sosial terutamanya facebook.


Denga kenyataan PAIP Maran ini, maka imej kami sebagai NGO rakyat telah tercemar. Konon kami membongkar isu yang tidak benar. Hanya mereka yang benar semata-mata. Maka, kali ini Jun 2019 kami sendiri berharap isu air tidak lagi membelenggu penduduk Jengka 7 terutamanya anak-anak perantauan yang balik berhari raya bersama keluarga mereka di kampung halaman. 

Bagi kami, tangki air yang tersergam indah di bukit berhampiran Pejabat Felda Jengka 7 itu adalah penyelamat yang akan memberi manfaat kepada semua. Namun, sangkaan itu meleset sama sekali dan "Indah khabar dari rupa". Isu air terus menjadi tular di media sosial. Malah, pada kali ini ia lebih kritikal kerana melbatkan hampir keseleuruhan kawasan. Paling parah ia bermula dua hari sebelum sambutan raya baru-baru ini. Lihat pendedahan dibuat oleh netizen anak Jengka 7 ini.


Tidak cukup dengan itu, kami juga menerima mesej bertalu-talu dari penduduk yang mahu isu ini dibongkarkan. Mereka hairan, saluran paip sudah di"upgrade" dan tangki air bernilai juta ringgit telah disiapkan sejak tahun 2016 lagi. Namun isu air makin parah dan tidak selesai seperti yang didakwa oleh PAIP Maran dalam kenyataan mereka pada Jun 2018.


Selepas setahun isu masih berlaku dan seepas tiga tahun tangki siap tapi masalah masih melanda maka apakah salah kami untuk bertanya sekali lagi, apakah status terkini tangki air paip yang tersergam indah di Felda Jengka 7 itu? Tolong jawab dengan jujur dan tak usa berbelit-belit lagi. Tidak perlu berselindung lagi disebalik kenyataan. Ini bukan lagi auta tetapi fakta. Jika tangki sudah berfungsi, mana pergi janji manis 150,000 gelen air untuk penduduk Jengka 7 itu?. Kenapa masih berlaku masalah?. Apa yan cuba disembunyikan?


Wang rakyat juta ringgit telah digunakan untuk membina tangki air tapi tidak memberi manfaat keada rakyat itu sendiri. Apakah ini juga mahu dikatakan NGO terjah FITNAH?. Kami sudah mendapatan maklmat daripada beberapa orang penduduk, yang mendakwa memang tangki itu masih tidak berfungsi sehingga ke hari ini. Benarkah dakwaan itu?. Harap pihak PAIP Maran tidak berdolak dalih lagi, kerana rakyat sudah tidak sanggup menanggung sengsara setiap kali musim pilihanraya.


Kami tidak teragak-agak untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat perkara ini. Jika benar tangki ini tidak berfungsi dan ada yang cuba diselindungkan oleh PAIP Maran, maka semua mereka akan diheret ke muka pengadilan. Ini kerana, gara-gara menyembunyikan kebenaran akhirnya warga Jengka 7 terus dibelenggu oleh masalah air yang tidak berkesudahan sejak lebih 40 tahun lalu.

MOHD SHUKRI B MOHD
RAMLI @ JAMALUDDIN

Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
[  A N G K A R A  ]