"ANGKARA DEDAH, ANGKARA TERJAH ... BILA SEMUA BUAT TAK KISAH !!. CAKNA DEMI RAKYAT"

BN Maran Di Gesa "Masukkan" Agenda Pembinaan Interchange LPT - Jengka / Pekan Awah Dalam Manifesto PRU-14 !


Kempen PRU-14 sedang rancak berjalan sekarang ini. Tinggal beberapa hari saja lagi rakyat Malaysia yang layak akan mengundi. Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) amat tertarik dengan beberapa manifesto terbaru yang dilancarkan oleh semua parti yang bertanding.

Antaranya. BN Temerloh yang melancarkan manifesto mereka hari ini.  Perkara menarik yang kami ingin kongsikan ialah antara perkara penting yang terdapat dalam manifesto BN Temerloh itu ialah "Pembinaan Interchange LPT - Kampung Batu Kapur
".



Biar pun ia nampak tidak logik kerana Temerloh sudah mempunyai interchange (Exit LPT) di Paya Keladan yang jaraknya tidak terlalu jauh dengan Kampung Batu Kapor, namun apa yang terkandung dalam manifesto ini jelas untuk menarik sokongan rakyat supaya mengundi Barisan Nasional (BN) pada PRU14 ini.

Kami ucapkan tahniah kepada  Pengerusi BN Temerloh, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin yang melancarkan manifesto baru itu, biar pun ia mungkin dianggap sebagai gimik oleh pihak pembangkang.

Namun apa yang ingin kami tekankan ialah supaya BN Maran juga memasukkan "Pembinaan Interchange LPT - Jengka 5 / Pekan Awah" dalam manifesto mereka. Pembinaan Exit LPT (Interchange) di lokasi ini lebih utama dan mendesak sebenarnya.

Jarak Exit Chenor ke Exit Maran sekitar 33 KM iaitu jarak perjalanan yang paling jauh antara semua interchange di LPT (Karak-Kuantan). Malah jarak ke lokasi iailah 15KM dari  Plaza Tol Chenor dan 13KM dari Plaza Tol Maran. Maka sebuah interchange baru wajar di bina di KM160, berhampiran laluan flyover Jengka 5 - Pekan Awah.

Pada masa ini penduduk di kawasan sekitar  Jengka 2, 3, 4, 5, 6, 7, Hulu Jempol, Pekan Awah, Pejing dan sekitarnya terpaksa menggunakan Exit Maran atau Exit Chenor untuk melalui kawasan ini. Justeru, pembinaan Interchange Jengka - Pekan Awah ini dapat memberi kemudahan kepada ribuan pengundi dari tiga DUN iaitu Luit, Kuala Sentul dan Chenor yang melalui jalan ini sebenarnya.

Sudah bertahun-tahun kami perjuangkan isu ini, makanya sudah tiba calon BN bagi kerusi Parlimen Maran Datuk Seri Ismail Muttalib bersama calon DUN kawasan Maran mengambil perhatian terhadap perkara ini. Ingatlah, pengundi muda yang akan pulang membuang undi pada PRU14 ini juga akan memberi kemenangan kepada calon. 

Kita mahukan keperluan ini disegerakan demi kemudahan penduduk. Ia bukan sahaja boleh digunakan oleh generasi muda, malah semua generasi dapat mengambil peluang. Malah, ia turut akan merancakkan ekonomi masyarakat di kawasan ini kelak. 

Jika BN Maran tidak mampu untuk mendengar suara rakyat ini, maka kami mengegsakan parti-parti lain seperti PAS dan Pakatan Harapan (PH) untuk membawa agenda ini agar ia sampai kepada pusat kelak. Siapa yang menang, mereka harus laksanakan demi rakyat.

"Cakna Demi Rakyat"

MOHD SHUKRI B MOHD
RAMLI @ JAMALUDDIN

Penyelaras NGO,
Angkatan Pembela Rakyat
[ A N G K A R A ]

#FIGHT4EXITLPT