"ANGKARA DEDAH, ANGKARA TERJAH ... BILA SEMUA BUAT TAK KISAH !!. CAKNA DEMI RAKYAT"

Terjah Banjir: Live Dari Lokasi [4/1/2018]


Edisi terjah banjir pada Khamis 4 Januari 2018 bermula di Perkampungan Cenderawasih. Apa yang jelas dapat dilihat, air banjir yangmelimpah dari Sungai Kuantan awal pagi tadi sudah pun surut. Orang ramai dilihat sibuk membersihkan kediaman masing-masing.

Kami kemudiannya telah bergerak ke Perkampungan Sungai Isap Damai. Lokasi ini telah diterjah pada 2 Jan lalu. Ternyata air yang melimpah di atas jalan utama ke kawasan perkampungan ini dari arah Bukit Rangin masih belum surut lagi berbanding di tempat lain.



Dari Perkampungan Sungai Isap Damai, kami menjamu selera sarapan pagi di kawasan kedai Taman Sungai Isap Perdana. Selepas itu, edisi terjah ke benteng sungai yang dibina oleh kerajaan untuk memisahkan kawasan penempatan penduduk dengan sungai selepas banjir besar pada tahun 2001 dan 2013 lalu. 


Air Sungai Darah yang mengalir ke Sungai Kuantan didapti sudah mulai surut. Menurut laporan penduduk setempta, air surut hampir satu meter dari paras sekitar jam 2.00 pagi tadi. Kesimpulan dapat dilihat disini, penduduk kawasan perkampungan Sungai Isap boleh menarik nafas lega kerana kawasan mereka kemungkinan besar tidak dilanda banjir seperti tahun sebelum ini. Tambahan pula melihat cuaca yang semakin baik sepanjang hari.

Kami kemudian bergerak ke tali air bersebelahan dengan  stesen minyak Shell di Jalan Kuantan - Pekan berhampiran Taman Seri Inderapura. Lokasi ini menjadi tumpuan kerana pertemuan tiga tali air menyebabkan ia menjadi pusat ikan-ikan paya. 



Kelihatan beberapa orang penduduk sibuk menjala dan menangkap ikan. Kawasan ini ada ditularkan dalam facebook sebelum ini. 



Sebelah petang, sekitar jam 5.20 kami telah melakukan edisi terjah ke Taman Bukit Rangin Perdana Dua yang terletak di Jalan Kuantan By Pass. 


Banjir di sini juga sudah surut dan kelihatan penduduk seolah-olah berpesat menyaksikan aktiviti menjala ikan di kawasan talia air (longkang besar) di jalan masuk utama ke taman perumahan terbabit. Terima kasih diucapkan kepada KRT taman terbabit yang melayan skuad terjah di sini. 


Kesimpulannya, cuaca secara am berada dalam tahap memuaskan hari ini. Ia memungkinkan banjir besar yang diperkatakan pasti tidak menjadi kenyataan di kawasan Kuantan pada kali ini sebenarnya. #ANGKARANEWS