"ANGKARA DEDAH, ANGKARA TERJAH ... BILA SEMUA BUAT TAK KISAH !!. CAKNA DEMI RAKYAT"

Apakah "Status Siasatan" Terhadap Kes Tragedi Maut Go-Kart September Lalu ?


Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat hari ini berkata tempoh sehingga esok diberikan kepada juruletup bunga api dan tiga pembantunya untuk tampil bagi membantu siasatan insiden bunga api meletup sehingga mencederakan 16 individu semasa sambutan ambang Tahun Baharu 2017 di padang Kompleks Sukan Pandamaran, Klang

Sekiranya gagal berbuat demikian, maka pihak polia  akan melancarkan gerakan mengesan 4 lelaki tempatan itu sekiranya mereka gagal berbuat demikian.



Inilah senario yang berlaku di Klang susulan kes terbabit. Mangsa hanya alami kederaan semata-mata dan setakat ini belum kita dengar mana-mana pihak tampil membuat laporan polis secara rasmi berhubung kejadian tersebut sebenarnya.



Anehnya dalam kejadian kemalangan ketika program Go-Kart EIMARace 2016  yang mengorbankan nyawa dua anak beranak di Bandar Indera Mahkota, Kuantan pada 25 September 2016 lalu, walau pun kami telah membuat laporan polis terhadap penganjur namun hingga kini apakah status siasatan terhadap kes tersebut?.



Inilah yang amat memusykilkan. Laporan telah kami buat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada jam 3.00 petang, Khamis, 29 September 2016 iaitu empat hari selepas tragedi malang itu. 



Justeru, kami menggesa pihak polis untuk segera membuat siasatan walau pun sudah tiga bulan insiden ini berlaku. Jika tiada pihak yang didakwa dalam kes ini maka siapa yang bersalah sebenarnya?. Sedangkan kami sudah mengeluarkan berbagai bukti kukuh tentang kecuaian penganjuran acara terbabit dalam beberapa pendedahan sebelum ini.



Ramai yang mengganggap ia sebagai takdir dan keluarga mangsa perlu pasrah dengan apa yang berlaku. Namun, jika dilihat kepada insiden bunga api di Klang ini ternyata ada pihak yang perlu dibawa ke muka pengadilan atas kemalangan yang berlaku. Mana mungkin semua pihak terlepas begitu sahaja?. 

Tambahan pula program tersebut mendapat sokongan penuh daripada pihak kerajaan sendiri sempena "Tahun Melawat Pahang 2o17". Makanya, keputusan "Post Mortem" harus didedahkan kepada umum. Jika dalam mana-mana kes jenayah, pasti keluarga mangsa berpuas hati bila penjenayah akhirnya dihukum ke muka pengadilan. Namun, dalam kes ini apa hairan kerana "senyap sunyi tanpa ada khabar berita" oleh mana-mana pihak.

Sepatutnya, pihak bertanggung jawab sudah mendedahkan kepada orang ramai punca kejadian tersebut bukan sekadar mendiamkan diri demi menyelamatkan pihak-pihak tertentu yang menganjurkan acara itu.

Jika di Selangor, kes hanya cedera namun pihak polis menjalankan siasatan yang cukup rapi untuk membawa mereka yang melakukan kecuaian ke muka pengadilan. Maka, di Pahang sepatutnya ia lebih rapi lagi kerana melibatkan kehilangan nyawa, bukan satu tetapi dua mangsa anak beranak. 

Justeru, kami menggesa hasil siasatan kes ini diumumkan kepada orang ramai agar mereka tahu apakah punca sebenar yang menyebabkan kemalangan itu berlaku. Apakah kertas siasatan juga terkubur terus tanpa ada pendakwaan kepada mana-mana pihak?. Mana boleh senyap begitu sahaja tanpa pembelaan kepada keluarga mangsa yang terlibat.

MOHD SHUKRI B MOHD
RAMLI @ JAMALUDDIN

Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
[ A N G K A R A ]

04.01.2017