"ANGKARA DEDAH, ANGKARA TERJAH ... BILA SEMUA BUAT TAK KISAH !!. CAKNA DEMI RAKYAT"

KWSP Pun "Tarik Balik Saham" Di FGV, Peneroka Felda Nak Tunggu Apa Lagi ?


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Pun Boleh Tarik Balik Saham Mereka Dari Felda Global Venture (FGV). Peneroka Felda Apa Citer?. Teringat Masa Mula2 Sign Nak Beli Saham Pd Tahun 2012 Dulu. Kita Kata Jangan.. Jangan.. Jangan.. Kita Di Tuduh Jadi TALI BARUT PEMBANGKANG.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberi jaminan kepada semua ahli bahawa KWSP mengamalkan piawaian tadbir urus korporat yang tinggi dengan dasar dasar yang teguh pada kawalan risiko dan Alokasi Aset Strategik kami. Selaras dengan amalan terbaik ini, kami telah memantau prestasi ekuiti Felda Global Ventures (FGV) selama beberapa tahun dan secara beransur-ansur telah menjual pegangan saham kami dalam FGV. Kini, KWSP tidak lagi memegang saham dalam FGV.
Peneroka Seronok Dapat Duit DURIAN RUNTUH RM5,000 X 3 Pusingan. Siapa Yg Bangkang Di Tuduh HARAM JADAH !!. Sy Bangkit Masa Di Balai Raya Felda Jengka 7, Tanya Soalan Apa Akan Jadi Jika SAHAM FGV MERUDUM?. Sy Pula Yg Di Cop Sengaja Cari Pasal Dan Buat Isu Untuk Provokasi. Sekarang Apa Dah Jadi?. Antara KWSP Dgn PENEROKA, Siapa Yg Lebih Bijak Menguruskan Kewangan Gamaknya?

Saham FGV Pula Kini Sekitar RM1.63 Iaitu 63.5% Lebih Rendah Berbanding Dengan Nilainya Ketika Di Senaraikan Di Bursa Malaysia Pada Tahun 2012 Dengan Harga RM4.45 Sesaham.

So, Skrg Nak Salahkan Siapa?. "Nasi Dah jadi Bubur". Bila Saham Makin Merudum Akhirnya Ia Akan Terjual Ke Tangan Asing Satu Hari Nanti. "Felda Yg Dulu Bukanlah Yg Sekarang". Maka, Apa Lg Yg Boleh Di Harapkan Selain Berdoa?. Ubahlah Sebelum Masa Depan Anda Semakin Parah. Takdir Sudah Berlaku Depan Mata. Menangis Air Mata Darah Sekali Pun Tetap Tak Akan Mengubah. Buat Anak-Anak Peneroka Felda, Inilah Masanya Untuk Anda Bg TAZKIRAH Kpd Ibubapa Anda Yg Langsung Tidak Mahu Dengar Cakap Anda Dulu. Maklumlah Dapat Duit Pinjaman "Durian Runtuh". Cakap Banyak Kang Kata Nak Baham Duit Pulak. Buatlah Sesuatu Sementara Ibubapa Anda Masih Ada Di Atas Muka Bumi Ini. Jangan Nanti Hanya "Menang Sorak Kampung Tergadai". Ibubapa Anda Jadi Tukang Sorak Masa Pilihanraya, Skrg Nasib Mereka "Umpama Telur Di Hujung Tanduk".

"Jika KWSP Tarik Balik Saham, Peneroka Wajar Tarik Balik UNDI Di Kawasan Felda Pada Pilihanraya Umum Akan Datang"


Cakna Demi Rakyat. MOHD SHUKRI B MOHD RAMLI @ JAMALUDDIN Penyelaras NGO Kelab Warisan Anak Felda (Waris Felda) Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) 23 Disember 2016