"ANGKARA DEDAH, ANGKARA TERJAH ... BILA SEMUA BUAT TAK KISAH !!. CAKNA DEMI RAKYAT"

Jawapan Isu Keliru Perkataan "Binti" Pada Nama Orang Asli Di Perjelaskan


Susulan isu wanita bernama "Rozita Bt Othman" yang didakwa murtad seperti yang kami viralkan di media sosial semalam,  Justeru, kami telah dihubungi oleh salah seorang ahli keluarga terbabit yang mendakwa kakaknya itu adalah orang asli yang beragama Kristian. 

Salah faham telah timbul dalam kes ini, sebenarnya isu tersebut telah diviralkan terlebih dahulu oleh pihak lain dan kami juag telah menerima aduan berkenaan.

Soalnya, apa yang kami viralkan adalah merujuk kepada keratan viral asal yang dibuat oleh pihak lain. Kami memohon pihak bertanggung jawap seperto MUIP, JAIP dan PAID untuk menyiasat maklumat ini kerana ia telah disebarkan dengan meluas (sebelum posting  berkenaan).


Laporan yang kami terima mendakwa ada wanita Melayu murtad dan dikebumikan di perkuburan Kristian Taman Gelora. Bukanlah kami  mahu mempertikaikan perkara itu tapi sebagai NGO Pro Rakyat yang menerima aduan maka kami menggesa pihak bertanggung jawab menyiasat kebenaran perkara ini.

Kami kemudian menerima maklumat daripada pihak terbabit dan isu itu ditutup selepas penjelasan terperinci diperolehi. Posting berkenaan juga telah dipadamkan dari media sosial bagi menghormati keluarga berkenaan.


Perseolannya yang timbul di sini ialah soal nama "BINTI" yang biasanya digunakan untuk wanita Melayu Islam. Kuburan terbabit betul-betul terletak di perkampungan orang Melayu Islam dan laluan utama ke masjid berdekatan. Makanya, isu ini timbul bila ramai orang yang lalu lalang untuk ke masjid keliru dengan paparan pada kuburan itu.

Tidak ramai yang tahu siapakah yang dibumikan sebenarnya. Malah mereka langsung tidak tahu si mati orang Asli atau sebaliknya. Jika nama si mati nampak seperti nama orang asli yang biasa mungkin kekeliruan tidak timbul.

Namun bila nama yang tertera ialah "Rozita Binti Othman", sudah pasti mereka tertanya-tanya. Ada pula yang mengambul gambar dan menyebarkan di media sosial hingga kami juga menerimanya.

GAMBAR ASAL YANG TELAH DIVIRALKAN

Tidak ramai orang Islam yang tahu pengguna "BIN" dan "BINTI" dibenarkan pada nama orang asli yang bukan beragama Islam oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Tambahan pula orang-orang kampung berdekatan. Makanya tidak salah mereka "keliru" dan ingin ambil tahu.

Ia bukan sial "fitnah" atau sengaja mahu menjatuhkan imej keluarga si mati. Lagi pun kematian tersebut bukannya disiarkan dalam mana-mana media arus perdana yang boleh diketahui oleh semua orang. Hanya ahli keluarga, saudara mara dan sahabat terdekat sahaja yang tahu si mati "Rozita Binti Othman" ialah orang asli beragama Kristian sebenarnya.


Justeru, tidak timbul soal fitnah dan mahu menjatuhkan maruah sesiapa dalam hal ini. Bagi tidak memanjangkan isu tersebut pihak kami telah menarik balik posting kes berkenaan. Ia juga bagi menghormati pihak keluarga.

Ada kalanya maklumat tidak sampai kepada orang ramai, maka mereka wajar keliru sebab mereka sendiri tidak tahu yang "binti" itu sudah boleh digunakan pada nama orang asli. Malah nama keluarga terbabit juga bercirikan "Melayu" bukan lagi nama "orang asli" yang biasa mereka dengar sebenarnya.

BUKTI SURAT DAFTAR KEMATIAN SI MATI DARI HTAA KUANTAN

Kami dengan ini  memohon maaf kepada keluarga terbabit atas kesilapan yang berlaku. Viral asal gambar dan isu tersebut bukanlah dari pihak kami sebenarnya. Ia memang suidah diviralkan oleh pihak-pihak lain di media sosial. Kami hanya mahukan kepastian, sebagai bukti posting berkenaan dikeluarkan serta merta selepas ia dibuktikan dengan dokumen.

Kami juga difahamkan, pihak jabatan agama turut memantau isu ini dan mengesahkan "Rozita Binti Othman" bukanlah berbangsa Melayu dan beragama Islam. Si mati sah beragama Kristian dan orang asli. Justeru, isu ini wajar ditutup oleh semua pihak.

Kami juga memohon maaf secara terbuka kepada keluarga si mati atas isu ini. Ia bukanlah disengaja atau cuba menfitnah sesiapa, kerana ia tidak lebih untuk mendapatkan kepastian kerana ramai yang keliru apabila isu ini disebarkan sebelum itu. Menjadi tugas kami untuk mendapatkan maklumat yang benar daripada pihak keluarga. 

Kami amat berterima kasih kepada keluarga terbabit yang telah menghubungi kami untuk memaklum perkara ini dan bersedia memberikan kerjasama sekiranya diperlukan. Segala kesulitan amatlah dikesali. Cakna Demi Rakyat.

Angkatan Pembela Rakyat
[    A   N   G   K   A   R   A    ]

*** Ada Isu Rakyat? Laporkan Kepada Skuad Terjah., Sila LIKE Pages Terjah https://www.facebook.com/angkatanpembelarakyat

*** Jom Bicara Isu-Isu Rakyat?. Sila Joint Group Terjah Di https://www.facebook.com/groups/angkaraterjah/