"ANGKARA DEDAH, ANGKARA TERJAH ... BILA SEMUA BUAT TAK KISAH !!. CAKNA DEMI RAKYAT"

Tanah Runtuh, Kealpaan Kerajaan Telah Mengundang 'Bala' Buat Rakyat Jelata !!


Kejadian tanah runtuh di KM52.4 Lebuhraya Karak (Lentang-Bukit Tinggi) mungkin dapat dielakkan jika Kerajaan Negeri Pahang peka dan cakna dengan isu pencerobohan Hutan Simpan Kekal di kawasan terbabit sebenarnya.
Perkara ini pernah didedahkan secara eksklusif dalam media perdana "Kosmo" Jun tahun lalu (2004). Kegusaran pencinta alam sekitar terhadap bala yang akan menimpa akhirnya menjadi kenyataan.

Bukti ini amat jelas dan sukar untuk dinafikan, tambahan pula ia berlaku di kawasan Lebuhraya Karak yang menjadi laluan utama pengguna jalanraya yang melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT) ke ibu negara.
Kegusaran pihak terbabit ada asasnya dan kejadian tanah runtuh itu sebagai buktinya. Mujurlah tiada kemalangan maut dalam insiden itu.


Apapun, kami menggesa Kerajaan Negeri Pahang bertegas dalam isu pencerobohan Hutan Simpan Kekal. Ia bukan sahaja berlaku di lokasi ini, malah di seluruh negeri Pahang.


Pencerobohan hutan berlaku dengan sewenang-wenangnya tanpa sekatan. Ia secara jelas telah merosakkan alam sekitar dan membahayakan orang ramai.


Susulan hujan yang semakin kerap melanda dan kemungkinan banjir besar akan terjadi lagi pada tahun ini maka kami melihat isu-isu pencerobohan Hutan Simpan Kekal ini perlu ditangani dengan serius oleh Kerajaan Negeri Pahang.


Jika tidak sudah pasti nyawa penduduk akan lebih terancam. Soalnya, kenapa selepas isu-isu pencerobohan tanah di Cameron Highlands didedahkan sebelum ini namun perkara ini masih terus berlaku?. Bukankah sudah ada nyawa terkorban dalam kejadian banjir lumpur di tanah tinggi itu sebelum ini?.
Kenapakah tragedi hitam itu tidak diambil ikhtibar langsung oleh Kerajaan Negeri Pahang. Siapa yang menceroboh dan kenapa kerakusan ini harus dibiarkan?. Kenapa pihak berkuasa "tutup mata", sedangkan ia jelas melanggar peraturan yang diwartakan oleh kerajaan sendiri.
Justeru, kami melihat insiden tanah runtuh di Karak Hihgway semalam dapat dielakkan jika Kerajaan Negeri Pahang lebih bertanggungjawab dalam memantau serta mengambil tindakan tegas terhadap penceroboh Hutan Simpan Kekal yang semakin berleluasa dan rakus menjalankan aktiviti mereka di kawasan terbabit selama ini.
Kami juga gusar, banjir lumpur yang lebih dasyat akan melanda kali ini gara-gara kealpaan Kerajaan Negeri Pahang terhadap isu-isu seperti ini. Selamatkan alam sekitar. "Cakna, Demi Rakyat"
MOHD SHUKRI B MOHD
RAMLI @ JAMALUDDIN

Penyeleras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
[ A N G K A R A ]
Lagi Aduan Dan Isu2 Rakyat Sila Klik
www.angkaraterjah.blogspot.my ]